Hari yang ke-3 di Palembang,tak sabar nye sebab ari ni last kami kat sini,rasa macam lama giler tak sedut udara Malaysia,hua hua hua..padahal sama aje udara kat bumi ni kan. Pagi-pagi lagi kami dah kena bersiap dan kena bawak segala bagasi untuk terus check out dari Hotel Duta tempat kami menginap.Kira lepas last sekolah yang akan kami lawat,kami kena bergegas ke airport. So sekolah yang kami nak pergi ni sekolah sukan kira macam Sekolah Bukit Jalil kat Malaysia la,para atlit negara diberi training bagus-bagus kat sini.
Sempat juga aku rakam senario di jalanan Palembang,macam mana anak muda nya mencari nafkah dengan menjual suratkhabar dan perhiasan/mainan ketika kenderaan berhenti kat lampu isyarat.Aku lagi suka macam ni dari melihat anak-anak dipergunakan sewenangnya untuk meminta sedekah di jalanan.
Nama sekolah ni SMP-SMA Olahraga Negeri Sriwijaya.Cikgu cikgi diaorang pun ramah-ramah dan lawa-lawa belaka..body pun semua nye slim melim,maklum la bekas-bekas atlit Indonesia so body memang la kena fit,gambar budak sekolah dengan ustazah KISAS sempat aku snap sebagai kenangan..
Kami juga disajikan dengan makanan terkenal di Palembang iaitu PEMPEK..
Thanks to all teacher at SMP-SMA Olahraga..moga ketemu lagi.
So lepas je dah dapat segala info pasal seni silat gayong dan sekolah,kami bergegas ke airport Bandara,kesian pada tourist guard Palembang kami yang kena pi uruskan request ayah aku nak beli sesuatu di Palembang(kain pelikat corak baru wooo)..huhuhu..Thanks Pak Latif..jasamu kami kenang..Sempat lagi tu snap kat airport time nak masukkan barang-barang
Yuk yuk terbang terbang nak balik ni..yehaaaaaaaaaaaaaa!!
Alhamdulillah dah stabil kat udara..cantikkan awan ni..geng “Awandania” tak keje ke dalam Air Asia ni..hehehe
ALHAMDULILLAH,Sudey selamat sampai selepas 1jam 25minit duk atas udara ni..tak sabar nak jumpa dua orang anak buah aku ni,nak tunjuk baju2 yang kami beli di Palembang..ekekekekeke..jumpa lagi di lain siri..mungkin ada rezeki ge Bandung atau Bukit Tinggi plak kan..AMIN










