~ Diari BisnesWanita ~

Coretan & Bingkisan Untuk Semua

Jan
19

Tips Perniagaan Internet-DR Irfan Khairi

Posted by NazhaSecret

Assalamualaikum & Hai Semua..

Pagi ini bangun dengan penuh semangat sebab semalam tido awal-1pg (maklum la selama ni waktu tido tidak menentu).Aku masuk dalam forum WMC dan terbaca satu tips yang buat aku terkesima dan rasa macam ye tak ye jugak ek,kalau la dapat aplikasikan,mesti seronot. So aku pun cari link sebenar tips itu dan rupa-rupa nya Dr Irfan Khairi yang bagi tips ini:

Untuk mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam perniagaan Internet memerlukan usaha. Seringkali, sekiranya matlamat dilihat terlalu besar, mungkin ia melemahkan semangat kita. Caranya adalah, pecahkan matlamat perniagaan Internet anda kepada unit yang boleh di lihat dengan mudah.

Katakan anda ingin mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam masa 5 tahun.

Ini bermakna, anda memerlukan keuntungan RM555 sehari! Masih nampak agak besar

etapi, apa kata anda gunakan ilmu aliran pendapatan berganda (multiple streams of income) dan anda menjalankan 5 perniagaan Internet serentak…

Ini bermakna, untuk setiap satu perniagaan Internet, anda hanya perlukan keuntungan RM111 sehari. Hmm… kecil sikit!

Pengiraan:

RM111 sehari x 5 laman web = RM555 sehari
RM555 x 365 hari (setahun) = RM202,575
RM202,575 x 5 tahun = RM1,012,875

Sekiranya matlamat anda untuk menjadi jutawan Internet dalam masa 5 tahun, pecahkan matlamat anda menjadi lebih kecil supaya mudah untuk dilihat.

Anda perlu 5 perniagaan Internet dalam masa 5 tahun- setiap satu laman web memerlukan keuntungan hanya RM111 sehari!

Contoh:

Sekiranya anda menjual produk katakan dengan keuntungan RM55. Ini bermakna, anda hanya perlu menjual 2 produk sahaja sehari untuk setiap perniagaan!

Mudah kan? Mungkin ia tidak mudah, tetapi, ia adalah matlamat yang agak reasonable untuk kita tuju Permudahkan matlamat besar anda dengan memecah kecilkannya.

Hurm..amat menarik sekali..kredit to mamaboomboom yang taruk artikel ni kat forum WMC yang membuatkan aku rasa lebey bersemangat hari ini..

  1. queensheila Said,

    A.kum

    Best cerita tu tapi bukanye senang kita nak tarik customer melalui internet ni coz banyak barang ade di jual di pasaran.. betul X? so cam ner leh kong si idea x?

  2. NazhaSecret Said,

    hi queensheila..

    pengalaman akan ajar kita mcm mana kita nak bersaing dengan sihat meniaga online dgn peniaga2 yg lain..hehe..yg penting jgn putus asa,kejayaan hari ini bukan nye dtg bergolek dgn cpt dan sekelip mata,..ahaks..masa pun byk dikorbankan utk kejayaan ari ini…

Add A Comment

    About Me

    WaRm WeLcOme tO aLL.. BisnesWanita Dot Com merupakan projek website pertama yang berjaya dihasilkan setelah 2 tahun menggunakan wordpress percuma sebagai platform dalam semua aktiviti online saya. Jadi dengan ini,saya cukup berbangga dapat menyiapkan website BisnesWanita Dot Com sebagai satu hadiah dan satu keazaman baru bagi tahun 2008. I'm very simple woman, hardworking and independent..wanna to know how to increase ur money? lets share or chit chat about it..All about MONEY!~ Teringin jd mcm Donald Trump..U r fired!!hehehe...See ya :D Have a wonderful day.. ;))