~ Diari BisnesWanita ~

Coretan & Bingkisan Untuk Semua

Jul
04

Learn From Past Mistakes

Posted by NazhaSecret

Aku bekas pelajar Political Sciences dan sangat berminat dengan dunia online sejak dari tahun 1997 dimana aku suka sangat dengan dunia chatting dan games,kawan-kawan aku tau dah kalau aku hilang takde kat bilik tu jawabnye aku memang ‘berumah tangga” kat Cyber Cafe hostel la,sehinggalah aku tamat belajar pada tahun 2003 di sebuah U tempatan dengan jayanya.Bekerja sebagai goverment servant contract 2 tahun tapi aku tak pernah pun dapat apa yang aku nak(kepuasan bekerja,salary,tak pernah improve skill and knowledge aku).Membuat satu keputusan berhenti kerja,tak nak kerja bukan lah senang walaupun ada desas desus kata if aku dapat teruskan kontrak tu,maybe aku dapat diserap sebagai permanent staff cerah dan peluang untuk aku guna degree aku utk move level kerja senang.Sapa tak meleleh dengar,semua orang kalau boleh tak nak lepaskan peluang maju dalam kerjaya bidang masing-masing kan.

Tapi aku tak pernah menyesal pun skang ni,cerita aku mula berminat dan bergiat aktif dalam dunia AUTOSURF,HYIP dan FOREX akhir tahun 2005.Forum NoGold dan CariGold merupakan forum pertama yang aku join dan banyak sangat belajar kat sana,kena tipu pun bermula kat situ la..hehe,Nasib badan kan

Aku belajar dari bawah,bermula dari insan yang tidak punya apa-apa ilmu pengetahuan tentang dunia bisnes online,tentang hal berkaitan dengan web,coding html..sehinggalah ketahap sekarang ni mempunyai dua domain sendiri dan berjaya mensetup web-web tu cincai-cincai pun ada gak rupa web,biarlah bukan rupa web pro pun kan..hehehe

Kebanggaan aku tahun 2008 terlahirnya www.BisnesWanita.Com dan www.SentuhanKreatif.Com hasil usaha sendiri aku sendiri,berada pada tahap skang dalam dunia online bukanlah sangat mudah.Kenapa tetiba aku cerita bab ni,apala tujuan aku membebel cite yang membosankan ni,sebab nya mudah bila minggu ni aku ada jumpa kawan dan juga ada terima YM dari kawan-kawan lama time belajar dulu,kawan-kawan tempat kerja lama,tanya aku kerja apa,bila aku jawab “ala aku kerja biasa-biasa aje,bisnes online”  diaorang boleh balas ” eh,boleh hidup ke?” “bape sen la sangat ko dapat kan sebulan,mampu ke nak beli kereta,rumah” “ala tu belum kawen lagi kang kalau dah kawen macam kitaorang ni tak keje takleh idup wei” “ei kalau aku la,tak kelas langsung” apa aku leh buat hanyala SENYUM dan terus senyum.. ye memang aku akui aku tak de kedai di alam nyata,kerana bisnes aku 100% beroperasi secara online,promote pun 100% online tetapi aku bersyukur kalau dulu gaji aku kerja bawah rm700 sebulan bekerja dari pukul 8pagi-5ptg skang ni bekerja ikut suka hati aku,tapi aku boleh buat average 5x - 7x ganda dari gaji dulu sebulan hanya dengan berniaga secara online,tapi bukan mudah la kan nak capai target ni. Skang aku nak cuba plak dalam bidang baru,adsense,affiliate dll plak,mana tau rezeki aku lagi murah lepas ni,hehe..nak senangkan family aku dan nak beli kereta idaman aku HONDA JAZZ ..yehaaaaaaaaa!! tapi kalau beli nak sumbat kat mana plak kete tu nanti..hehehhe.. buat kawan-kawan yang mengenali diri aku,jangan korang pandang aku takde mata taw,kecik ati aku,tapi bila dah luahkan kat blog aku,rasa lega nak mampus..fuhhhhh..lepas ni leh la tido ngan aman..

** Kesilapan aku dulu - TIDAK FOKUS DALAM BISNES APA YANG AKU NAK BUAT,orang jual ni,kita pun nak jual ni,orang jual tu,kita pun nak jual tu.

** Jalan Penyelesaian - CUBA UNTUK FOKUS dan TUMPUKAN terhadap BISNES yang aku SUKA dan MINAT 

 TIPS!! = KENALI POTENSI DIRI SENDIRI SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN TERLIBAT DALAM DUNIA BISNES ONLINE.

IF I CAN DO IT,YOU CAN DO IT TOO!!

  1. Ilham Said,

    Salam..
    Rela bergenang pulak mata aku ni baca artikel ni..
    I’m proud of u
    And I still wanna support you till the End.

    Biar orang bercakap asalkan kita tahu siapa kita dan apa kita buat diredhai Allah.
    Anyway life must go on!!!

  2. NazhaSecret Said,

    wsalamz..

    ko sorang teman yg tau pasal aku buat biz online mcm mana..huhuhu

    semua tu buat aku lebey bersemangat nk buktikan aku juga boleh berjaya..amin

Add A Comment

    About Me

    WaRm WeLcOme tO aLL.. BisnesWanita Dot Com merupakan projek website pertama yang berjaya dihasilkan setelah 2 tahun menggunakan wordpress percuma sebagai platform dalam semua aktiviti online saya. Jadi dengan ini,saya cukup berbangga dapat menyiapkan website BisnesWanita Dot Com sebagai satu hadiah dan satu keazaman baru bagi tahun 2008. I'm very simple woman, hardworking and independent..wanna to know how to increase ur money? lets share or chit chat about it..All about MONEY!~ Teringin jd mcm Donald Trump..U r fired!!hehehe...See ya :D Have a wonderful day.. ;))