Archive for the ‘Tips & Panduan’ Category
Jul
04
Posted by NazhaSecret
Aku bekas pelajar Political Sciences dan sangat berminat dengan dunia online sejak dari tahun 1997 dimana aku suka sangat dengan dunia chatting dan games,kawan-kawan aku tau dah kalau aku hilang takde kat bilik tu jawabnye aku memang ‘berumah tangga” kat Cyber Cafe hostel la,sehinggalah aku tamat belajar pada tahun 2003 di sebuah U tempatan dengan jayanya.Bekerja sebagai goverment servant contract 2 tahun tapi aku tak pernah pun dapat apa yang aku nak(kepuasan bekerja,salary,tak pernah improve skill and knowledge aku).Membuat satu keputusan berhenti kerja,tak nak kerja bukan lah senang walaupun ada desas desus kata if aku dapat teruskan kontrak tu,maybe aku dapat diserap sebagai permanent staff cerah dan peluang untuk aku guna degree aku utk move level kerja senang.Sapa tak meleleh dengar,semua orang kalau boleh tak nak lepaskan peluang maju dalam kerjaya bidang masing-masing kan.
Tapi aku tak pernah menyesal pun skang ni,cerita aku mula berminat dan bergiat aktif dalam dunia AUTOSURF,HYIP dan FOREX akhir tahun 2005.Forum NoGold dan CariGold merupakan forum pertama yang aku join dan banyak sangat belajar kat sana,kena tipu pun bermula kat situ la..hehe,Nasib badan kan
Aku belajar dari bawah,bermula dari insan yang tidak punya apa-apa ilmu pengetahuan tentang dunia bisnes online,tentang hal berkaitan dengan web,coding html..sehinggalah ketahap sekarang ni mempunyai dua domain sendiri dan berjaya mensetup web-web tu cincai-cincai pun ada gak rupa web,biarlah bukan rupa web pro pun kan..hehehe
Kebanggaan aku tahun 2008 terlahirnya www.BisnesWanita.Com dan www.SentuhanKreatif.Com hasil usaha sendiri aku sendiri,berada pada tahap skang dalam dunia online bukanlah sangat mudah.Kenapa tetiba aku cerita bab ni,apala tujuan aku membebel cite yang membosankan ni,sebab nya mudah bila minggu ni aku ada jumpa kawan dan juga ada terima YM dari kawan-kawan lama time belajar dulu,kawan-kawan tempat kerja lama,tanya aku kerja apa,bila aku jawab “ala aku kerja biasa-biasa aje,bisnes online” diaorang boleh balas ” eh,boleh hidup ke?” “bape sen la sangat ko dapat kan sebulan,mampu ke nak beli kereta,rumah” “ala tu belum kawen lagi kang kalau dah kawen macam kitaorang ni tak keje takleh idup wei” “ei kalau aku la,tak kelas langsung” apa aku leh buat hanyala SENYUM dan terus senyum.. ye memang aku akui aku tak de kedai di alam nyata,kerana bisnes aku 100% beroperasi secara online,promote pun 100% online tetapi aku bersyukur kalau dulu gaji aku kerja bawah rm700 sebulan bekerja dari pukul 8pagi-5ptg skang ni bekerja ikut suka hati aku,tapi aku boleh buat average 5x - 7x ganda dari gaji dulu sebulan hanya dengan berniaga secara online,tapi bukan mudah la kan nak capai target ni. Skang aku nak cuba plak dalam bidang baru,adsense,affiliate dll plak,mana tau rezeki aku lagi murah lepas ni,hehe..nak senangkan family aku dan nak beli kereta idaman aku HONDA JAZZ ..yehaaaaaaaaa!! tapi kalau beli nak sumbat kat mana plak kete tu nanti..hehehhe.. buat kawan-kawan yang mengenali diri aku,jangan korang pandang aku takde mata taw,kecik ati aku,tapi bila dah luahkan kat blog aku,rasa lega nak mampus..fuhhhhh..lepas ni leh la tido ngan aman..
** Kesilapan aku dulu - TIDAK FOKUS DALAM BISNES APA YANG AKU NAK BUAT,orang jual ni,kita pun nak jual ni,orang jual tu,kita pun nak jual tu.
** Jalan Penyelesaian - CUBA UNTUK FOKUS dan TUMPUKAN terhadap BISNES yang aku SUKA dan MINAT
TIPS!! = KENALI POTENSI DIRI SENDIRI SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN TERLIBAT DALAM DUNIA BISNES ONLINE.
IF I CAN DO IT,YOU CAN DO IT TOO!!
May
14
Posted by NazhaSecret
Alhamdulillah siap gak aku resize gambar-gambar sekitar JomSeminar sessi ke-2 pada 11 Mei 2008.Macam biasa la,aku pegi mana-mana pun gambo aku bukan ader pun..hehe..tapi takper sebab aku memang suka amik gambo kan.. So enjoy the pic,moga dapat jumpa lagi di lain seminar,Insya Allah.. TAHNIAH BUAT SEMUA SPEAKER JOMSEMINAR - yang sudi mencurahkan ilmu,tips-tips kejayaan anda pada kami.Terima Kasih tidak terhingga - Alang, Gobala Krishnan , Fuad Latip, Yusry (ni mmg misteri sket dan melalui analisis dan search kemungkinan dan mungkin sah beliau juga TuahEmas yang dicari..hehe) dan Syed Ikhwan
Awal gak aku sampai 8.20 pagi macam tu
Ceria aje,salah sorang tu “buah hati” Raja Adsense kita..hehe
Ewah,sempat gak disnap nye folder JomSeminar ni
Masing-masing kusyuk duk dengar rahsia-rahsia buat duit online
Tu dia,asyik masyuk Insya Allah lepas ni boleh praktik
Dah selesai Seminar JomSeminar.Com
Masing-masing dah tak sabar nak amik sijil
Tadaaa..ni la dia “buah hati” Raja Adsense,pasangan bahagia gitu.Muda lagi ni taw.Aku rasa diaorang kawen muda ni..hehe
Tetiba aku nampak muka Team FlareBiz masing-masing macam “rakus” je pegang duit gitu..hehe.. Tahniah!! Duit Affiliate JomSeminar tu
Jejaka Tampan di JomSeminar Sessi 2..hehe
Ni Link Gambar-Gambar Sekitar Seminar JomSeminar Sessi 2:
1- Team FlareBiz
2- SyedIkhwan
3-DinBeramboi (belum ada pic)
Ni plak Gambar-Gambar Sekitar Seminar JomSeminar Sessi 1:
1- Sham RajaAds
2- Kak G @ InternetMelayu & Part II
3- Noorizam & Part II
4- Shuth
5- Adi Surya
6- Kasyidi
7- Abooain @ Syawarma
8- Arejae ( takde gambo lagi)
9- WanMus
10- Azam RinggitHit (aku confius tengok pic sebab dua-dua sessi ada dalam blog ni-layan aje la mungkin bro ni ge dua dua sessi kot..huhu)
11- Nasrun (blum ade gambo lagi)
**mungkin ada lagi tapi aku tak jumpa..so ni aje la link yang berjaya di kesan..hehe dalam email dan dalam link-link terjumpa
Jumpa Lagi,

May
14
Posted by NazhaSecret
Alhamdulillah selesai jugak misi aku nak pergi Seminar JomSeminar.Com ni.. So apa benda yang best sangat kat JomSeminar ni?ekekeke.. nak kena review ke? Aduhaii..okla ,aku paling suka guna bahasa yang simple dan sempoi untuk menggambarkan - BERBALOI & BERMAKNA.
Aku ni bukan senang nak keluar duit pergi seminar ke gathering ke,atau beli ebook..tapi bila aku keluarkan duit untuk benda-benda ni semua,mesti ada yang menarik dan tertarik..hehe.Nak tau mende? Hurm..nak share ke tak nak kat sini ek..huhuhu
Memang barisan speaker ni bukan calang-calang dalam dunia online ni,masing-masing ada kepakaran dalam bidang yang berlainan tapi mempunyai matlamat yang sama iaitu JANA INCOME MELALUI ONLINE / BUAT DUIT ONLINE
Sepatutnya aku join sessi 1 JomSeminar pada 10 Mei 2008 tapi macam aku citer kat sini la,nak tak nak kena la join sessi 2 JomSeminar pada 11 Mei 2008 bertempat di Hotel Armada,Petaling Jaya,Selangor.Nasib Baik pihak JomSeminar ada bukak sessi ke-2 kalau tak melepas aku tak dapat pergi,gigit jari la jawab nye..huhuhu
Ni Rumusan Simple-Komen Personal dari aku:
(laju siut dia cakap mcm keretapi tapi nasib baik aku leh pickup,hehe) - aku minat giler teknik ni.ahaks
#Gobala Krishnan - PAKAR SUPER AFFILIATE & PPC
(campur BI & BM,kagum bila dia citer pendapatan lumayan yang dia perolehi secara online hanya dengan teknik-teknik yang dia dedahkan)- WOW!!
#Alang ( Samsul Zamsuri) - PAKAR JANA PENDAPATAN DGN BLOG
(macam tak caya je hanya dengan BLOG dia mampu dapat cecah pendapatan lumayan) - aku pun suka buat blog dari tahun 2006 tapi takde la dapat income pun..miahaha..ada yang tak kena la blog aku tu kan..
#Syed Ikhwan - PAKAR GOOGLE ADSENSE
(aku gelar RAJA ADSENSE,dari CG lagi aku duk bersengkang mata kalau time aku free baca kat thread beliau,so time dia citer kat JomSeminar tu nampak la gambaran,teknik-teknik yang dia guna untuk jana income lebat) - bila la gliran aku plak..hehe
( affiliate pun dia terer gak ni,ada teknik white Hat dan Black Hat)- yang ni pun aku suka gak,sebab macam best,tak de guna modal besar pun..hehe
Aku rasa cukup bertuah sangat dapat pergi JomSeminar,dapat gak jumpa ngan peniaga di WMC - Zara_Vantage (ingat nak amik gambo ngan dia tapi tengok-tengok dia dah balik cepat..huhu),kali kedua jumpa ngan Team FlareBiz- Zhafran & Labanon, juga kali kedua jumpa member Labanon- Ecaros.Selain dari tu Din Beramboi juga berada dalam sessi yang sama ngan aku (tapi aku tak berkesempatan nak kenal yang mana),sebaris meja selang seorang ngan aku- Aminbeb (tahniah dapat cabutan top komentar terbaik),Kartunis Ubi pun ada- kartun paling aku minat zaman sekolah dulu kat majalah UJANG(Budak Hostel - Aku,Dia & Volkswagen).Kesimpulan sessi ke-2 seminar JomSeminar ni dihadiri oleh rata-rata yang masih tidak mempunyai website atau blog.Hopefully dia orang betul-betul beroleh “Sesuatu” sebab time break,aku duk borak-borak ngan dua-tiga orang yang duk semeja makan,dia orang macam “lost” sebenar nya,tapi apa kan daya aku pun hanya newbie cuma lebey sket je dari dia orang.Apa-apa pun masih ada masa lagi untuk terus bergerak kehadapan.
**Pic sekitar Seminar JomSeminar.Com jap lagi la aku upload..Bersambung daa…
May
13
Posted by NazhaSecret
Assalamualaikum
Semalam lagi aku dah upload MajalahIM edisi ke-4 ni cuma baru hari ini berkesempatan nak review menda ape ada dalam MajalahIM edisi kali ni.. dulu Team FlareBiz bagitau nak interview VinceTan tapi nampak gaya ada perubahan sket dan diaorang gantikan dengan seseorang yang tak kurang hebat nye - Saudara Amirol
Macam biasa ar korang leh download MajalahIm ni secara percuma aje.. nak review banyak kang rasa tak suspen la plak..hehe apa-apa pun kelainan kali ni,personally aku dapat tambah ilmu baru tentang online bisnes,penulis artikel kali ni bukan calang-calang beb, Amar Mahmood- penulis buku Rahsia Minda Jutawan dan Noorizam Shah- penulis ebook Kuasa Lelong

Balik dari JomSeminar melepet kejap,Isnin memang hari yang paling busy menguruskan order-order dan pengeposan barang-barang customer.Selasa boleh la nak bernafas jap..hehe..lepas ni nak kena berkejar balik Klang balik..aduhaiii.. apo nak dikato,dah den kuli,den jugak boss,so kono la buek apo yang patut kan.Selamat Mendownload MajalahIM
Salam Mesra,

May
11
Posted by NazhaSecret
Assalamualaikum..
Ramai tertanya apa update terkini NazhaSecret aka Nazha_n9 ni?Blog sunyi sepi aje..ekekeke.. Jangan la marah, jadual hujung minggu yang sentiasa padat dengan bermacam aktiviti dan hal family(nak dating pun tak sempat :P eh,dgn sapa nak dating?)
Masa aku tengok iklan JomSeminar ni kat CG,aku tkde la amik pot sangat kan, tapi ntah la macam mana tetiba aku YM ngan SyedIkhwan (raja GoogleAdsense) tanya pasal harga dan camne nak join JomSeminar ni…
Sepatutnya semalam 10 Mei 2008 aku kena hadir JomSeminar ni,tapi sebab ada masalah transport dan family membuatkan aku terpaksa bagi message kat SyedIkhwan mintak datang JomSeminar pada hari ni (skang dah kul 3pagi,JomSeminar start kul 9pag-aku baru bangun tido berkobar2 nak pegi ni..ekekeke)
So tak dapat la nak gambar kan macam mana la rupa orang-orang yang hadir JomSeminar ni,aku ni dah la newbie,adesss..mintak2 la aku beroleh “sesuatu” hari ni..AMIN
regards,

Apr
13
Posted by NazhaSecret
Akhirnya berjaya jugak aku mendownload MajalahIM walaupun agak kebizian giler yang tahap melampau menguruskan projek biz seorang diri,aku lah kuli,aku lah boss..hehe

Pada edisi MajalahIM kali ini, kelainan yang aku nampak sebagai pembaca dari edisi pertama dan kedua,sudah banyak artikel yang menarik dan da bomb untuk kita sama-sama tidak lepaskan peluang untuk menambah info dan ilmu tentang e-biz online. Nak tau apa?pakat-pakat la korang download MajalahIM yang sememangnya PERCUMA dari dulu lagi. Isu utama kali ini ialah mengenai perniagaan Ebook, masihkah relevan? dan yang paling ketara kelainan edisi kali ini adalah interview yang diaorang buat berkonsepkan audio bukan lain bentuk tulisan seperti edisi-edisi yang lepas yang bagi aku memang sangat menarik sebab kadang-kadang bila baca je kita akan cepat boring gak..miahaha!! So jom dengar interview bersama Gobala Krishan, iaitu usahawan Internet Malaysia yang berjaya di dalam model produk digital.
Korang rasa nak komen ke nak kutuk ke..huhuhu
leh la pi terus ke link blog TeamFlareBiz
**aku tak sabar nak kutip ilmu dan info dari diaorg ni,cepat la siap edisi ke-4 plak..ahaks
**kalau diaorang jual e-zine MajalahIM ni memang kaya la..hahaha..
Apr
09
Posted by NazhaSecret
Korang pernah dengar tak pasal Monsun Biz ni?ada kuar dalam metro iklan nya,pastu ada plak kata yang rancangan realiti Puan Nora bakal diterbitkan tidak lama lagi “Ubah Nasib Bersama Nora” ada kaitan la dengan sistem Monsun Biz ni..
Diaorang akan sediakan System Bossmailer dan System Payment Gateway.Hurm..aku nak citer panjang lebar pun aku belum nampak lagi bagaimana sistem diaorg ni akan mampu menjana pendapatan seperti yang di war warkan tu..
Apa-apa pun aku akan update selepas pergi 1st meeting dengan diaorg pada hari ahad ni 13/4/2008
***aku bukan team under puan nora tu taw..hehe..tapi aku join benda yang sama la..hopefully akan ada peningkatan yang baru dan yang pasti kalau success ,kesemua TOKEY BISNES dalam FORUM BisnesWanita.Com akan merasa tempias nye Insya Allah
Mar
19
Posted by NazhaSecret
Alhamdulillah dapat gak aku pergi kelas Cikgu Adhadi yang diadakan pada 16hb Mac 2008 kat Palace of Justice,4x gak la aku round cari tempat ni..miahaha.. actually kelas ni lebey kepada Outing Kemahiran Fotografi yang menekankan aspek BASIC fotografi,macam mana kita nak mengenali DSLR kita dengan lebey dekat lagi,apa itu ISO, Aperture, Shutter, Metering bla bla bla..hehe.. Selama ni asyik pegang buku manual,tengok video tutorial sampai lebam,habuk pun tarak paham.. (aku la tu).hik hik hik
so far so good la.. dapat gak kawan baru kan.. So sini aku tempek la sket pic yg aku snap time outing ngan geng forum Photo School CS ni.. aku newbie kat forum tuh.. ahaks, pic aku tak edit,hanya resize and taruk watermark aje



yang kat bawah ni plak aku cilok dari posting kat forum tu..sebab ada pic aku terselit.. miahaha.. Dari Ejay dan Ajim (xde plak link dia kt ctu)
Ni pic dari Ajim’s Foto
Yang ni pic dari Ejay
Dua hari selepas aku pi kelas ni..aku jumpa plak ngan member online,time aktif kat forum JomKlik dulu - Martoza banyak ajar aku pasal flash la..macam mana nak guna aku nye SB800 ni.. macam mana nak setting manual, macam-macam la..hopefully aku leh ingat semua nye..hahaha.. Tima Kasih tidak terhingga pada semua.. Moga Kalian Dimurahkan Rezeki oleh-NYA.AMIN

Salam Sayang,

Mar
08
Posted by NazhaSecret

Apa yang best sangat MajalahIM ni?hehe..Best ke? apa-apa pun sebab keterujaan membaca MajalahIM edisi pertama dulu yang memberikan aku bermacam-macam info dan tips yang sangat berguna secara PERCUMA ,membuatkan aku menulis preview dalam blog aku ni..walaupun agak terlewat sebab pada 7 Mac 2008 - Team Flarebiz telah siarkan dan yang paling best tidak perlu mensubcribe seperti 1st edition dulu,jadi anda boleh terus download MajalahIM ni di MajalahIM-2
Tips-tips perniagaan internet dan Motivasi yang pada kali ni memang sangat bagus dan besttt sangattt, dari penulis-penulis MajalahIM yang semua nye bergelar otai-otai belaka.. Tazilan,Osman Affan , Irwan Dahnil, Zamri Nanyan, Syed Ikhwan,SmartZul,Mdpai,Alang ,Shuth dan Kak G
So korang jangan lepas kan peluang untuk download ok..Gerenti tak menyesal punya..Hehe!! aku sendiri pun banyak belajar tips-tips diaorg ni..
Feb
05
Posted by NazhaSecret
Assalamualaikum..
Hi everyone..I’m here again to share with everybody - my lovely themes,new looking for my main page and for my personal blog …actually I’m really want to write here often as usual but i really can’t make it coz I’ve some priority work to do..owh,i really love writing blog and really missed it.Sometimes I thought that can I hired someone to be my assistant?
hahaha..
Can I manage my time?Can I do it by my own self? Creating,publishing,promoting… Hahaha Manage forum , My Bazaar , JDM5 , Counting Calories in our Food , Mary Kay and the latest one is my new project with my sister.. already have the domain, i bought it last week..huhu..but don’t have enough time to ‘gode’ that web..just only choose the themes and editing some pictures for our portfolio.
So now I have to set my time table,which is the priority become 1st is of course BisnesWanitaDotCom and then SentuhanKreatif for my lovely sister.Alhamdulillah even though our web SentuhanKreatif do not finished yet,already have a jobs for makeup and “merias” bride,have done successfully 1 job,our 2nd job this coming Chinese New Year for engagement NurIdayu’s sister. 3rd job on 9th March..huhu.. wohooo.. really need more jobs coz want to build our portfolio in wedding/engagement freelance makeup artist. ahaks.. Hopefully can manage all this things properly and may ALLAH give some guidance and way to us. Really tired but I love it and also enjoy my work. Hopefully u all can pray for us ..
Regards
NazhaSecret aka nazha_n9 aka BisnesWanita

**testing my new signature..hehehhe 