~ Diari BisnesWanita ~

Coretan & Bingkisan Untuk Semua

Archive for the ‘Real Bisnes’ Category

Jul
04

Learn From Past Mistakes

Posted by NazhaSecret

Aku bekas pelajar Political Sciences dan sangat berminat dengan dunia online sejak dari tahun 1997 dimana aku suka sangat dengan dunia chatting dan games,kawan-kawan aku tau dah kalau aku hilang takde kat bilik tu jawabnye aku memang ‘berumah tangga” kat Cyber Cafe hostel la,sehinggalah aku tamat belajar pada tahun 2003 di sebuah U tempatan dengan jayanya.Bekerja sebagai goverment servant contract 2 tahun tapi aku tak pernah pun dapat apa yang aku nak(kepuasan bekerja,salary,tak pernah improve skill and knowledge aku).Membuat satu keputusan berhenti kerja,tak nak kerja bukan lah senang walaupun ada desas desus kata if aku dapat teruskan kontrak tu,maybe aku dapat diserap sebagai permanent staff cerah dan peluang untuk aku guna degree aku utk move level kerja senang.Sapa tak meleleh dengar,semua orang kalau boleh tak nak lepaskan peluang maju dalam kerjaya bidang masing-masing kan.

Tapi aku tak pernah menyesal pun skang ni,cerita aku mula berminat dan bergiat aktif dalam dunia AUTOSURF,HYIP dan FOREX akhir tahun 2005.Forum NoGold dan CariGold merupakan forum pertama yang aku join dan banyak sangat belajar kat sana,kena tipu pun bermula kat situ la..hehe,Nasib badan kan

Aku belajar dari bawah,bermula dari insan yang tidak punya apa-apa ilmu pengetahuan tentang dunia bisnes online,tentang hal berkaitan dengan web,coding html..sehinggalah ketahap sekarang ni mempunyai dua domain sendiri dan berjaya mensetup web-web tu cincai-cincai pun ada gak rupa web,biarlah bukan rupa web pro pun kan..hehehe

Kebanggaan aku tahun 2008 terlahirnya www.BisnesWanita.Com dan www.SentuhanKreatif.Com hasil usaha sendiri aku sendiri,berada pada tahap skang dalam dunia online bukanlah sangat mudah.Kenapa tetiba aku cerita bab ni,apala tujuan aku membebel cite yang membosankan ni,sebab nya mudah bila minggu ni aku ada jumpa kawan dan juga ada terima YM dari kawan-kawan lama time belajar dulu,kawan-kawan tempat kerja lama,tanya aku kerja apa,bila aku jawab “ala aku kerja biasa-biasa aje,bisnes online”  diaorang boleh balas ” eh,boleh hidup ke?” “bape sen la sangat ko dapat kan sebulan,mampu ke nak beli kereta,rumah” “ala tu belum kawen lagi kang kalau dah kawen macam kitaorang ni tak keje takleh idup wei” “ei kalau aku la,tak kelas langsung” apa aku leh buat hanyala SENYUM dan terus senyum.. ye memang aku akui aku tak de kedai di alam nyata,kerana bisnes aku 100% beroperasi secara online,promote pun 100% online tetapi aku bersyukur kalau dulu gaji aku kerja bawah rm700 sebulan bekerja dari pukul 8pagi-5ptg skang ni bekerja ikut suka hati aku,tapi aku boleh buat average 5x - 7x ganda dari gaji dulu sebulan hanya dengan berniaga secara online,tapi bukan mudah la kan nak capai target ni. Skang aku nak cuba plak dalam bidang baru,adsense,affiliate dll plak,mana tau rezeki aku lagi murah lepas ni,hehe..nak senangkan family aku dan nak beli kereta idaman aku HONDA JAZZ ..yehaaaaaaaaa!! tapi kalau beli nak sumbat kat mana plak kete tu nanti..hehehhe.. buat kawan-kawan yang mengenali diri aku,jangan korang pandang aku takde mata taw,kecik ati aku,tapi bila dah luahkan kat blog aku,rasa lega nak mampus..fuhhhhh..lepas ni leh la tido ngan aman..

** Kesilapan aku dulu - TIDAK FOKUS DALAM BISNES APA YANG AKU NAK BUAT,orang jual ni,kita pun nak jual ni,orang jual tu,kita pun nak jual tu.

** Jalan Penyelesaian - CUBA UNTUK FOKUS dan TUMPUKAN terhadap BISNES yang aku SUKA dan MINAT 

 TIPS!! = KENALI POTENSI DIRI SENDIRI SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN TERLIBAT DALAM DUNIA BISNES ONLINE.

IF I CAN DO IT,YOU CAN DO IT TOO!!

May
14

Seminar JomSeminar.Com

Posted by NazhaSecret

Alhamdulillah selesai jugak misi aku nak pergi Seminar JomSeminar.Com ni.. So apa benda yang best sangat kat JomSeminar ni?ekekeke.. nak kena review ke? Aduhaii..okla ,aku paling suka guna bahasa yang simple dan sempoi untuk menggambarkan - BERBALOI & BERMAKNA.

Aku ni bukan senang nak keluar duit pergi seminar ke gathering ke,atau beli ebook..tapi bila aku keluarkan duit untuk benda-benda ni semua,mesti ada yang menarik dan tertarik..hehe.Nak tau mende? Hurm..nak share ke tak nak kat sini ek..huhuhu :D

Memang barisan speaker ni bukan calang-calang dalam dunia online ni,masing-masing ada kepakaran dalam bidang yang berlainan tapi mempunyai matlamat yang sama iaitu JANA INCOME MELALUI ONLINE / BUAT DUIT ONLINE

Sepatutnya aku join sessi 1 JomSeminar pada 10 Mei 2008 tapi macam aku citer kat sini la,nak tak nak kena la join sessi 2 JomSeminar pada 11 Mei 2008 bertempat di Hotel Armada,Petaling Jaya,Selangor.Nasib Baik pihak JomSeminar ada bukak sessi ke-2 kalau tak melepas aku tak dapat pergi,gigit jari la jawab nye..huhuhu


Ni Rumusan Simple-Komen Personal dari aku:

    #Fuad Latip - PAKAR SEO

(laju siut dia cakap mcm keretapi tapi nasib baik aku leh pickup,hehe) - aku minat giler teknik ni.ahaks

    #Gobala Krishnan - PAKAR SUPER AFFILIATE & PPC

(campur BI & BM,kagum bila dia citer pendapatan lumayan yang dia perolehi secara online hanya dengan teknik-teknik yang dia dedahkan)- WOW!!

    #Alang ( Samsul Zamsuri) - PAKAR JANA PENDAPATAN DGN BLOG

(macam tak caya je hanya dengan BLOG dia mampu dapat cecah pendapatan lumayan) - aku pun suka buat blog dari tahun 2006 tapi takde la dapat income pun..miahaha..ada yang tak kena la blog aku tu kan.. :D

    #Syed Ikhwan - PAKAR GOOGLE ADSENSE

(aku gelar RAJA ADSENSE,dari CG lagi aku duk bersengkang mata kalau time aku free baca kat thread beliau,so time dia citer kat JomSeminar tu nampak la gambaran,teknik-teknik yang dia guna untuk jana income lebat) - bila la gliran aku plak..hehe

    #Yusry - PAKAR CPA

( affiliate pun dia terer gak ni,ada teknik white Hat dan Black Hat)- yang ni pun aku suka gak,sebab macam best,tak de guna modal besar pun..hehe

Aku rasa cukup bertuah sangat dapat pergi JomSeminar,dapat gak jumpa ngan peniaga di WMC - Zara_Vantage (ingat nak amik gambo ngan dia tapi tengok-tengok dia dah balik cepat..huhu),kali kedua jumpa ngan Team FlareBiz- Zhafran & Labanon, juga kali kedua jumpa member Labanon- Ecaros.Selain dari tu Din Beramboi juga berada dalam sessi yang sama ngan aku (tapi aku tak berkesempatan nak kenal yang mana),sebaris meja selang seorang ngan aku- Aminbeb (tahniah dapat cabutan top komentar terbaik),Kartunis Ubi pun ada- kartun paling aku minat zaman sekolah dulu kat majalah UJANG(Budak Hostel - Aku,Dia & Volkswagen).Kesimpulan sessi ke-2 seminar JomSeminar ni dihadiri oleh rata-rata yang masih tidak mempunyai website atau blog.Hopefully dia orang betul-betul beroleh “Sesuatu” sebab time break,aku duk borak-borak ngan dua-tiga orang yang duk semeja makan,dia orang macam “lost” sebenar nya,tapi apa kan daya aku pun hanya newbie cuma lebey sket je dari dia orang.Apa-apa pun masih ada masa lagi untuk terus bergerak kehadapan.

**Pic sekitar Seminar JomSeminar.Com jap lagi la aku upload..Bersambung daa…

May
11

NazhaSecret @ JomSeminar 110508

Posted by NazhaSecret

seminar2.gifAssalamualaikum..

Ramai tertanya apa update terkini NazhaSecret aka Nazha_n9 ni?Blog sunyi sepi aje..ekekeke.. Jangan la marah, jadual hujung minggu yang sentiasa padat dengan bermacam aktiviti dan hal family(nak dating pun tak sempat :P  eh,dgn sapa nak dating?)

Masa aku tengok iklan JomSeminar ni kat CG,aku tkde la amik pot sangat kan, tapi ntah la macam mana tetiba aku YM ngan SyedIkhwan (raja GoogleAdsense) tanya pasal harga dan camne nak join JomSeminar ni…

Sepatutnya semalam 10 Mei 2008 aku kena hadir JomSeminar ni,tapi sebab ada masalah transport dan family membuatkan aku terpaksa bagi message kat SyedIkhwan mintak datang JomSeminar pada hari ni (skang dah kul 3pagi,JomSeminar start kul 9pag-aku baru bangun tido berkobar2 nak pegi ni..ekekeke)

So tak dapat la nak gambar kan macam mana la rupa orang-orang yang hadir JomSeminar ni,aku ni dah la newbie,adesss..mintak2 la aku beroleh “sesuatu” hari ni..AMIN

regards,

mysign3.JPG

Apr
16

Career Conference Mary Kay

Posted by NazhaSecret

Lama giler tak update blog,huhuhu..ada beberapa orang beauty consultant Mary Kay duk tanya napa la tak letak pic career conference Mary Kay dalam blog…hahaha..bukan masalah lupe atau malas..kekangan waktu online limited dan dipenuhi dengan urusan bisnes serta hal-hal keluarga yang harus diberikan lebih priority..

Career Conference Mary Kay at Sheraton Subang yang berlangsung pada 12 april 2008 dibanjiri dengan ribuan beauty consultant /perunding kecantikan Mary Kay di Malaysia.. masa ni la dapat kenal unit team member,member-member baru yang best giler..

Dalam Mary Kay time ni la peluang keemasan yang harus di grab oleh setiap perunding kecantikan,bercerita tentang pengalaman,kongsi pendapat dan sangat bertuah dapat berjumpa dengan Senior National Sales Director, Grace Kao dan General Manager MaryKay Malaysia, Mike Strong.

Ada la sikit snap pic taruk kat sini,yang lain sudah diemailkan pada unit team Pink Blow yang request aritu..selamat cuci mata..hehe..Jumpa lagi next Career Conference Mary kay insya Allah pada bulan Ogos nanti..

mkcf.JPG Bergaya dengan Pink Car..bila la leh dpt ni..hehe

mkcf2.JPG Terjumpa plak rakan time ESRS,Farah dan Kak Kay

mkcf3.JPG Team Pink Blow

mkcf4.JPG ekekeke..dapat naik pentas tak sangka sebenarnye

mkcf5.JPG melilau aku cari kamera aku.hehe

mkcf6.JPG Red Jacket University Mary Kay ( my dream ni :D )

Apr
14

Iris Optometry - Beli Cermin Mata Online?

Posted by NazhaSecret

Tidak ada benda yang mustahil kan? Dalam dunia alam maya yang serba canggih ni,nak order beli cermin mata pun mungkin boleh juga kot suatu hari nanti, Iris Optometry merupakan salah satu kedai yang aku kenal owner nye menerusi online dan beliau juga menyediakan perkhidmatan menerusi online berkaitan ngan mata-mata ni kot (jom pakat beli contact lens dengan dia) hehe..ada diskaun tak? tetiba plak teringin nak pakai contact lens yang pelik-pelik macam ni:

klns.JPG

klns2.JPG

ada lagi yang pelik-pelik macam bercorak belang-belang la..hihi..tp aku sesuai ke guna contact lens ni..kang nampak macam alien la pulok..

ape2 pun to Bro ShahArin nice knowing you- jangan lupe claim dengan saya belanja Mc D sebab tolong jadi guarantor untuk bukak akaun bank syarikat aritu..hehehe

Apr
09

Monsun-Biz

Posted by NazhaSecret

Korang pernah dengar tak pasal Monsun Biz ni?ada kuar dalam metro iklan nya,pastu ada plak kata yang rancangan realiti Puan Nora bakal diterbitkan tidak lama lagi “Ubah Nasib Bersama Nora” ada kaitan la dengan sistem Monsun Biz ni..

Diaorang akan sediakan System Bossmailer dan System Payment Gateway.Hurm..aku nak citer panjang lebar pun aku belum nampak lagi bagaimana sistem diaorg ni akan mampu menjana pendapatan seperti yang di war warkan tu..

Apa-apa pun aku akan update selepas pergi 1st meeting dengan diaorg pada hari ahad ni 13/4/2008

***aku bukan team under puan nora tu taw..hehe..tapi aku join benda yang sama la..hopefully akan ada peningkatan yang baru dan yang pasti kalau success ,kesemua TOKEY BISNES dalam FORUM BisnesWanita.Com akan merasa tempias nye Insya Allah

Apr
06

Annual Wanita Niaga - Usahawan Internet

Posted by NazhaSecret

Lepas balik dari ikut ayahanda aku outstation (menyebokkan diri sebenarnya-dah la sampai umah kul 2pagi),akhirnya berjaya jugak nasib baik buat petang kalau tak kantoi tak bangun tido aku ge 1st annual wanita niaga - Kak lynn web owner terbang balik tu dari Jepun,memang tabik toink toink ar.. actually personally bagi aku ini adalah perhimpunan / gathering yang mengumpulkan Internet Entrepreneur yang ‘ternama’ dan yang ‘baru bertatih’ (macam aku ni) dalam satu suasana yang santai tapi terasa kehangatan bagaikan satu ‘family’,walaupun tak kenal (hanya kenal online) tapi bagaikan terasa kemesraan.

Aku hanya kenal Mie Planhoster (gath FXG 2thn lepas kot) , Balqis@Tulips aku pernah jumpa sekali time beli barang dan yang lain ada yang aku familiar id,ada gak yang aku tak familiar.. tapi ada beberapa ikon Internet Entrepreneur yang aku admire sangat, rasa nak berbual tapi aku kan pemalu..miahaha.. lain la macam gath FXG atau time tournament boling Nogold yang mana kita memang selalu dah berbual kt forum2 dan YM..

Ni dia senarai nama member 1st Annual Wanita Niaga yang aku copy:

Senarai terakhir ahli yang bakal turut serta 1st Annual Wanita Niaga :

1 - Faizah (Cayang Abang) - 2 (dewasa)
2 - Parbiyah Bachik (K. Par) - 1 (1 dewasa)
3 - Arni Syazila Ishak (Anggunrias) - 4 (2 dewasa + 2 kanak-kanak)
4 - Neeza (neeza) - 2 (1 dewasa + 1 kanak-kanak kecil)
5 - Leeza Ismail (leeza_ismail) - 3 (1 dewasa + 2 kanak-kanak)
6 - * Norhafezah (Mawaddah) - 4 (2 dewasa + 2 kanak-kanak kecil)
7 - Amida_korea (amida) - 2 (2 dewasa)
8 - Nazha_n9 (nazha) - 1 (1 dewasa)
9 - Ummunawwar - 3(2 dewasa + 1 kanak-kanak kecil)
10 - Taza (Murtaza) - 1 (1 dewasa)
11 - * Labanon - 2 (2 dewasa)
12 - Amirol - 1 (1 dewasa)
13 - surfaddict (Catz) - 1 (1 dewasa) - x hadir dah la aku mmg nak jumpe si catzer ni
14 - Mie (Muhammad Hilmi) - 3 (2 dewasa + 1 kanak-kanak kecil)
15 - Rizrinie (Tini) - 3(2 dewasa + 1 kanak-kanak kecil
16 - Lips (Lisa Hasnah) - 1 (1 dewasa)
17 - dekfa (sya) - 4(2 dewasa + 2 kanak-kanak kecil
18 - Kawan Labanon - 1 (1 dewasa)
19 - Shahrul - 2 (2 dewasa)
20 - Normiss - 2 (2 dewasa)
21 - Kak Lynn - 5 (2 dewasa + 3 kanak-kanak)
22 - Shinbun - 2 (2 dewasa + 1 kanak-kanak kecil)
23 - Linamys - 3 (1 dewasa + 2 kanak-kanak kecil)
24 - Tulips - 3 (2 dewasa + 1 kanak-kanak kecil)

bertempat di Carousel Cafe Restaurant, Palace Of The Golden Horses pada pukul 3ptg-5ptg (05/04/2008)

aku rasa mcm ada lagi kot yang tercicir nama ni,hehe..harap ampun la sebab ni latest nama yang aku dapat kat wanitaniaga… pada yang tidak tersenarai nti bagitau la

suasana.JPG Suasana dalam Cafe time dah nak start majlis

kaklynn.jpg Kak Lynn(admin WNC) tengah bagi kata-kata aluan

klynnmawaddah.JPG Kak Lynn & Mawaddah

labanon.JPG Ehem..hehe..cuba teka sape? (ada nak tanya time tu soalan tp tetiba lak kelu lidah nak berkata dek terlampau malu kagum :P miahaha)

candid.jpg Pic Candid- our Succesfull Internet Marketers (team FlareBiz)

shuth.jpg Ni pun Internet Marketer yang berjaya gak - Shuth (merangkap husband Mawaddah) sebelah tu dekfa (kak sya merangkap jiran aku kt sini)

modwnc.JPG Acara memotong Kek WanitaNiaga

kamidakorea.JPG Kak AmidaKorea - baru sampai dari korea ni,aku selalu borong brooch korea ngan Kak Mida..hehe

semua.JPG Ni dia muka-muka yang hadir tapi pic aku takde..hehe

1.jpg Bergambar Kenangan - Nazha,Kak Mida,Kak Neeza,Kak Lynn,Kak Ummunawwar dan suaminya - Fuad

2.JPG Bonda Amirol,Wife Mie,Mie,Amirol,Shuth,Kaizen & kawan dia (aku tatau nama)

3.jpg Para Mod WNC -orang kuat yang menjayakan Annual gath ini

hadiah.jpg Hadiah Cabutan Bertuah,Door Gift,Biz Card dll

So dah boleh tido ngan lena sebab dah update…hehe..Moga Ukhwah yang terjalin akan berkekalan selamanya..AMIN

mysign3.JPG

BisnesWanita aka NazhaSecret aka nazha_n9 )

Another Link Updates:

1- Team Flarebiz

2- Mohd Amirol

**ok dh betulkan

Mar
15

Opportunity of Making BIG income

Posted by NazhaSecret

Assalamualaikum & hi..

Actually, i just want to share my story with my lovely blog’s reader.. almost got same question at my YM about how to make money through online? Sometimes they keep asking me,“hey..can you teach me how to sell product bla bla bla.. I want to have a website too,can you help me please!!”

I told you before I got my own domain name,I’m started with free wordpress blog to create my own business web,selling item and make a promotion to get some traffic. TWO YEARS I’m learning and build a few free blog for my online business.

When I said “searching and learning by your own, u’ll get some wonderful experience.U’ll will be strong enough to face any problem in this challenging world (online)” but they keep asking and want me to share more, I’m still newbie in this industry (online), starting on November 2005 and become Full Time Internet Entrepreneur only on 1st January 2007.

Its not easy to build what I have right now,I’m alone to do all this thing, learning coding html (x pernah belajar langsung) , take a photo - editing for selling product , packaging product and go to KTM / Post Office or sometime Poslaju come to my house, this is all I’ve done to satisfied my client,got the item on time..and so on. Still in progressing learning and keep learning.

Sometime I have big chances , offering to JV with me but I’m not interested JV on money / be my partner. Because I dont want to share. ( bukan sebab kedekut taw :D ) Its hard to explain here. BUT Im interested to JV with someone who have offering something such as exchange banner and want me to be their sponsor on some contest BUT in addition i still get benefit of being sponsor on that contest kan kan…hehe..

Now I’m more focusing on inner beauty, healthy , skin care,makeup & photographing. FOREX?hehe…bersara dulu la..not enough time to monitor chart and so on. SAHAM? hahaha.. last month i sold some share and got around 2.5k keuntungan bersih.I use that money to buy my new DSLR le..topup sket2..ahaks..

As a conclusion what ever you like or you want, try to achieve by your own effort … its feel really different and you will appreciate it. Opportunity in MAKING MONEY just only in front of you,so please don’t let it go far far away from you. TRY TO MAKE IT AS SOON AS POSSIBLE .. JANGAN LEPASKAN PELUANG DI DEPAN MATA.. Hope to see more brave and strong new brand in this industry especially Malay people.. AMIN

With Lots Of Love,

mysign3.JPG

BisnesWanita aka NazhaSecret aka nazha_n9 )

Feb
26

I’m Beauty Consultant For Mary Kay

Posted by NazhaSecret

Pada 15/2-16/2 aku telah mengikuti kursus perunding kecantikan Mary Kay di Jaya 33,Petaling Jaya.Jadi secara rasminya aku kini bergelar Independent Beauty Consultant.

Macam mana aku leh terjebak ni?Hehe..tanpa dirancang pun, sebelum ni kulit aku berminyak di bahagian zone T oily n skin tone tidak sekata,tapi 1st time try MaryKay terus jatuh cinta..hehe. smpai jadi beauty consultant as my part time job, selama ni mmg tak amik pot pun pasal skin care ni..alhamdulillah sekarang kulit pun makin elok..hopefully inilah last produk yg aku cuba.. Wink

Produk MaryKay ni setanding dengan kaunter produk spt SKII,CLINIQUE dll..harga sangat berpatutan dan berbaloi sbb boleh tahan 4-6bulan mengikut penggunaan (utk skin care produk, pencuci akan abis dulu) yang best sangat adalah MONEY BACK GUARANTEE kalau tk rasi ngn kulit kita..so dunt worry ok..

Nak Share Pic During ESRS COURSES @ MKM ..GREAT n HEBAT sangattttttttt!!! hehe,sapa2 yang berminat nak jadi beauty consultant macam sy boleh la kita chit chat nti ok..ENJOICE!!!

pic1.JPG Team ESRS Mary Kay

pic2.JPG All together with love

pic3.JPG GREAAATTTT!! yehaaaa!!

Feb
19

Testimonial Hangat Produk JDM5

Posted by NazhaSecret

salam ..Nk tempek testi kt cni..hehe..guna ayat skema sket sebab sy tempek dlm blog JDM5 sy :D

 

Quote:

AssalamualaikumSaya Nor Zalilah Abdullah atau lebey dikenali sebagai Nazha di alam cyber..merupakan pengguna Jus Diet Mate 5.Baru sebulan mencuba JDM5,apa yang saya dapat lihat,penurunan berat badan saya tidak mendadak,hanya 5.5kg selama sebulan.mungkin kerana sy amik 1 peket sehari saja seperti yg DR ROZMEY syorkan.Itupun 4hari lupa nak minum JDM5 kerana kesibukan kerja.Apa yg saya perasan,perubahan ketara adalah penurunan bahagian muka saya dulu..huhuhu.. tak tau la kenapa. Masih berusaha utk menurunkan dan mencapai berat badan yang ideal,jadi disini sy menempek pic muka aje dulu sbb pic badan mmg belum nmpak perbezaan yg ketara lagi.Pada anda yang diluar sana,yang kontek saya masih ragu-ragu nak mencuba Jus Diet Mate 5 ini,saya syorkan mencuba trial pek kami- dan saya merupakan Pengedar Sah Herba Prima Marketing untuk Produk Jus Diet Mate 5

Berminat??:
YM= nza_80
No HP - 0122671285 - NEGERI SEMBILAN(luar dr ni semuanya free pos)
Web Blog= http://jdm5.blogspot.com/

    About Me

    WaRm WeLcOme tO aLL.. BisnesWanita Dot Com merupakan projek website pertama yang berjaya dihasilkan setelah 2 tahun menggunakan wordpress percuma sebagai platform dalam semua aktiviti online saya. Jadi dengan ini,saya cukup berbangga dapat menyiapkan website BisnesWanita Dot Com sebagai satu hadiah dan satu keazaman baru bagi tahun 2008. I'm very simple woman, hardworking and independent..wanna to know how to increase ur money? lets share or chit chat about it..All about MONEY!~ Teringin jd mcm Donald Trump..U r fired!!hehehe...See ya :D Have a wonderful day.. ;))