Archive for the ‘Photo Gallery’ Category
May
14
Posted by NazhaSecret
Alhamdulillah siap gak aku resize gambar-gambar sekitar JomSeminar sessi ke-2 pada 11 Mei 2008.Macam biasa la,aku pegi mana-mana pun gambo aku bukan ader pun..hehe..tapi takper sebab aku memang suka amik gambo kan.. So enjoy the pic,moga dapat jumpa lagi di lain seminar,Insya Allah.. TAHNIAH BUAT SEMUA SPEAKER JOMSEMINAR - yang sudi mencurahkan ilmu,tips-tips kejayaan anda pada kami.Terima Kasih tidak terhingga - Alang, Gobala Krishnan , Fuad Latip, Yusry (ni mmg misteri sket dan melalui analisis dan search kemungkinan dan mungkin sah beliau juga TuahEmas yang dicari..hehe) dan Syed Ikhwan
Awal gak aku sampai 8.20 pagi macam tu
Ceria aje,salah sorang tu “buah hati” Raja Adsense kita..hehe
Ewah,sempat gak disnap nye folder JomSeminar ni
Masing-masing kusyuk duk dengar rahsia-rahsia buat duit online
Tu dia,asyik masyuk Insya Allah lepas ni boleh praktik
Dah selesai Seminar JomSeminar.Com
Masing-masing dah tak sabar nak amik sijil
Tadaaa..ni la dia “buah hati” Raja Adsense,pasangan bahagia gitu.Muda lagi ni taw.Aku rasa diaorang kawen muda ni..hehe
Tetiba aku nampak muka Team FlareBiz masing-masing macam “rakus” je pegang duit gitu..hehe.. Tahniah!! Duit Affiliate JomSeminar tu
Jejaka Tampan di JomSeminar Sessi 2..hehe
Ni Link Gambar-Gambar Sekitar Seminar JomSeminar Sessi 2:
1- Team FlareBiz
2- SyedIkhwan
3-DinBeramboi (belum ada pic)
Ni plak Gambar-Gambar Sekitar Seminar JomSeminar Sessi 1:
1- Sham RajaAds
2- Kak G @ InternetMelayu & Part II
3- Noorizam & Part II
4- Shuth
5- Adi Surya
6- Kasyidi
7- Abooain @ Syawarma
8- Arejae ( takde gambo lagi)
9- WanMus
10- Azam RinggitHit (aku confius tengok pic sebab dua-dua sessi ada dalam blog ni-layan aje la mungkin bro ni ge dua dua sessi kot..huhu)
11- Nasrun (blum ade gambo lagi)
**mungkin ada lagi tapi aku tak jumpa..so ni aje la link yang berjaya di kesan..hehe dalam email dan dalam link-link terjumpa
Jumpa Lagi,

May
14
Posted by NazhaSecret
Alhamdulillah selesai jugak misi aku nak pergi Seminar JomSeminar.Com ni.. So apa benda yang best sangat kat JomSeminar ni?ekekeke.. nak kena review ke? Aduhaii..okla ,aku paling suka guna bahasa yang simple dan sempoi untuk menggambarkan - BERBALOI & BERMAKNA.
Aku ni bukan senang nak keluar duit pergi seminar ke gathering ke,atau beli ebook..tapi bila aku keluarkan duit untuk benda-benda ni semua,mesti ada yang menarik dan tertarik..hehe.Nak tau mende? Hurm..nak share ke tak nak kat sini ek..huhuhu
Memang barisan speaker ni bukan calang-calang dalam dunia online ni,masing-masing ada kepakaran dalam bidang yang berlainan tapi mempunyai matlamat yang sama iaitu JANA INCOME MELALUI ONLINE / BUAT DUIT ONLINE
Sepatutnya aku join sessi 1 JomSeminar pada 10 Mei 2008 tapi macam aku citer kat sini la,nak tak nak kena la join sessi 2 JomSeminar pada 11 Mei 2008 bertempat di Hotel Armada,Petaling Jaya,Selangor.Nasib Baik pihak JomSeminar ada bukak sessi ke-2 kalau tak melepas aku tak dapat pergi,gigit jari la jawab nye..huhuhu
Ni Rumusan Simple-Komen Personal dari aku:
(laju siut dia cakap mcm keretapi tapi nasib baik aku leh pickup,hehe) - aku minat giler teknik ni.ahaks
#Gobala Krishnan - PAKAR SUPER AFFILIATE & PPC
(campur BI & BM,kagum bila dia citer pendapatan lumayan yang dia perolehi secara online hanya dengan teknik-teknik yang dia dedahkan)- WOW!!
#Alang ( Samsul Zamsuri) - PAKAR JANA PENDAPATAN DGN BLOG
(macam tak caya je hanya dengan BLOG dia mampu dapat cecah pendapatan lumayan) - aku pun suka buat blog dari tahun 2006 tapi takde la dapat income pun..miahaha..ada yang tak kena la blog aku tu kan..
#Syed Ikhwan - PAKAR GOOGLE ADSENSE
(aku gelar RAJA ADSENSE,dari CG lagi aku duk bersengkang mata kalau time aku free baca kat thread beliau,so time dia citer kat JomSeminar tu nampak la gambaran,teknik-teknik yang dia guna untuk jana income lebat) - bila la gliran aku plak..hehe
( affiliate pun dia terer gak ni,ada teknik white Hat dan Black Hat)- yang ni pun aku suka gak,sebab macam best,tak de guna modal besar pun..hehe
Aku rasa cukup bertuah sangat dapat pergi JomSeminar,dapat gak jumpa ngan peniaga di WMC - Zara_Vantage (ingat nak amik gambo ngan dia tapi tengok-tengok dia dah balik cepat..huhu),kali kedua jumpa ngan Team FlareBiz- Zhafran & Labanon, juga kali kedua jumpa member Labanon- Ecaros.Selain dari tu Din Beramboi juga berada dalam sessi yang sama ngan aku (tapi aku tak berkesempatan nak kenal yang mana),sebaris meja selang seorang ngan aku- Aminbeb (tahniah dapat cabutan top komentar terbaik),Kartunis Ubi pun ada- kartun paling aku minat zaman sekolah dulu kat majalah UJANG(Budak Hostel - Aku,Dia & Volkswagen).Kesimpulan sessi ke-2 seminar JomSeminar ni dihadiri oleh rata-rata yang masih tidak mempunyai website atau blog.Hopefully dia orang betul-betul beroleh “Sesuatu” sebab time break,aku duk borak-borak ngan dua-tiga orang yang duk semeja makan,dia orang macam “lost” sebenar nya,tapi apa kan daya aku pun hanya newbie cuma lebey sket je dari dia orang.Apa-apa pun masih ada masa lagi untuk terus bergerak kehadapan.
**Pic sekitar Seminar JomSeminar.Com jap lagi la aku upload..Bersambung daa…
May
06
Posted by NazhaSecret
Orang kata kalau dah jodoh tak kemana kan…hehe..sesuai ke perumpamaan ni? apa yang aku nak story kat sini, kadang-kadang kita ge kenduri atau memana la kan,“eh macam kenal aje,lor budak sekolah dulu”..”alahaii..ex-opismate time keja dulu la”..”eh,tu roomate masa kat matrik”.. tu la kalau dah jodoh kan,mesti jumpa punya walaupun kadang-kadang dah lost kontek 3-4 tahun..
Anyway Selamat Pengantin Baru diucapkan pada Shaz&pasangan ( ex-opismate time aku keja kat Perangkaan dulu) dapatla jumpa Ina dan Azreen (maaf Reen,Angah & Along tak dapat ge kenduri Reen yang lepas sebab clash dengan kelas makeup Nurul Shukor)
Ina amik berkat Shaz ke?ehehe
Sempat aje aku snap..ahaks!
Sesapa yang batch belajar U dengan aku pasti kenal Farah Murni Merican,tak sangka betul aku terjumpa time teman Along ge kelas makeup Nurul Shukor pada 3 & 4 Mei yang lepas,aku pegi as a Photog Junior yang nak belajar shoot model plak..kih kih kih..ada hati nak shoot model..eh tapi mana tau kan.. Minat gak si Farah ni belajar makeup..hehe.. tapi memang tak sangka setelah bertahun (ada dekat 4 tahun tak jumpa) akhirnya berjumpa kat sini,dah jodoh kan
Along - tak dapat jumpa real pic pun jadi la,ke yang dalam perut tu ngidam nak amik pic ngan Datuk Siti Nurhaliza..hehe
Dengan Farah Murni Merican
Gila sporting budak kelas ni..nantikan update pic diaorang kat Galeri Photo
Thanks to PA Nurul Shukor- Dila & her husband Fazli (duk snap pic ni)
Apr
16
Posted by NazhaSecret
Lama giler tak update blog,huhuhu..ada beberapa orang beauty consultant Mary Kay duk tanya napa la tak letak pic career conference Mary Kay dalam blog…hahaha..bukan masalah lupe atau malas..kekangan waktu online limited dan dipenuhi dengan urusan bisnes serta hal-hal keluarga yang harus diberikan lebih priority..
Career Conference Mary Kay at Sheraton Subang yang berlangsung pada 12 april 2008 dibanjiri dengan ribuan beauty consultant /perunding kecantikan Mary Kay di Malaysia.. masa ni la dapat kenal unit team member,member-member baru yang best giler..
Dalam Mary Kay time ni la peluang keemasan yang harus di grab oleh setiap perunding kecantikan,bercerita tentang pengalaman,kongsi pendapat dan sangat bertuah dapat berjumpa dengan Senior National Sales Director, Grace Kao dan General Manager MaryKay Malaysia, Mike Strong.
Ada la sikit snap pic taruk kat sini,yang lain sudah diemailkan pada unit team Pink Blow yang request aritu..selamat cuci mata..hehe..Jumpa lagi next Career Conference Mary kay insya Allah pada bulan Ogos nanti..
Bergaya dengan Pink Car..bila la leh dpt ni..hehe
Terjumpa plak rakan time ESRS,Farah dan Kak Kay
Team Pink Blow
ekekeke..dapat naik pentas tak sangka sebenarnye
melilau aku cari kamera aku.hehe
Red Jacket University Mary Kay ( my dream ni
)
Apr
06
Posted by NazhaSecret
Lepas balik dari ikut ayahanda aku outstation (menyebokkan diri sebenarnya-dah la sampai umah kul 2pagi),akhirnya berjaya jugak nasib baik buat petang kalau tak kantoi tak bangun tido aku ge 1st annual wanita niaga - Kak lynn web owner terbang balik tu dari Jepun,memang tabik toink toink ar.. actually personally bagi aku ini adalah perhimpunan / gathering yang mengumpulkan Internet Entrepreneur yang ‘ternama’ dan yang ‘baru bertatih’ (macam aku ni) dalam satu suasana yang santai tapi terasa kehangatan bagaikan satu ‘family’,walaupun tak kenal (hanya kenal online) tapi bagaikan terasa kemesraan.
Aku hanya kenal Mie Planhoster (gath FXG 2thn lepas kot) , Balqis@Tulips aku pernah jumpa sekali time beli barang dan yang lain ada yang aku familiar id,ada gak yang aku tak familiar.. tapi ada beberapa ikon Internet Entrepreneur yang aku admire sangat, rasa nak berbual tapi aku kan pemalu..miahaha.. lain la macam gath FXG atau time tournament boling Nogold yang mana kita memang selalu dah berbual kt forum2 dan YM..
Ni dia senarai nama member 1st Annual Wanita Niaga yang aku copy:
Senarai terakhir ahli yang bakal turut serta 1st Annual Wanita Niaga :
1 - Faizah (Cayang Abang) - 2 (dewasa)
2 - Parbiyah Bachik (K. Par) - 1 (1 dewasa)
3 - Arni Syazila Ishak (Anggunrias) - 4 (2 dewasa + 2 kanak-kanak)
4 - Neeza (neeza) - 2 (1 dewasa + 1 kanak-kanak kecil)
5 - Leeza Ismail (leeza_ismail) - 3 (1 dewasa + 2 kanak-kanak)
6 - * Norhafezah (Mawaddah) - 4 (2 dewasa + 2 kanak-kanak kecil)
7 - Amida_korea (amida) - 2 (2 dewasa)
8 - Nazha_n9 (nazha) - 1 (1 dewasa)
9 - Ummunawwar - 3(2 dewasa + 1 kanak-kanak kecil)
10 - Taza (Murtaza) - 1 (1 dewasa)
11 - * Labanon - 2 (2 dewasa)
12 - Amirol - 1 (1 dewasa)
13 - surfaddict (Catz) - 1 (1 dewasa) - x hadir dah la aku mmg nak jumpe si catzer ni
14 - Mie (Muhammad Hilmi) - 3 (2 dewasa + 1 kanak-kanak kecil)
15 - Rizrinie (Tini) - 3(2 dewasa + 1 kanak-kanak kecil
16 - Lips (Lisa Hasnah) - 1 (1 dewasa)
17 - dekfa (sya) - 4(2 dewasa + 2 kanak-kanak kecil
18 - Kawan Labanon - 1 (1 dewasa)
19 - Shahrul - 2 (2 dewasa)
20 - Normiss - 2 (2 dewasa)
21 - Kak Lynn - 5 (2 dewasa + 3 kanak-kanak)
22 - Shinbun - 2 (2 dewasa + 1 kanak-kanak kecil)
23 - Linamys - 3 (1 dewasa + 2 kanak-kanak kecil)
24 - Tulips - 3 (2 dewasa + 1 kanak-kanak kecil)
bertempat di Carousel Cafe Restaurant, Palace Of The Golden Horses pada pukul 3ptg-5ptg (05/04/2008)
aku rasa mcm ada lagi kot yang tercicir nama ni,hehe..harap ampun la sebab ni latest nama yang aku dapat kat wanitaniaga… pada yang tidak tersenarai nti bagitau la
Suasana dalam Cafe time dah nak start majlis
Kak Lynn(admin WNC) tengah bagi kata-kata aluan
Kak Lynn & Mawaddah
Ehem..hehe..cuba teka sape? (ada nak tanya time tu soalan tp tetiba lak kelu lidah nak berkata dek terlampau malu kagum
miahaha)
Pic Candid- our Succesfull Internet Marketers (team FlareBiz)
Ni pun Internet Marketer yang berjaya gak - Shuth (merangkap husband Mawaddah) sebelah tu dekfa (kak sya merangkap jiran aku kt sini)
Acara memotong Kek WanitaNiaga
Kak AmidaKorea - baru sampai dari korea ni,aku selalu borong brooch korea ngan Kak Mida..hehe
Ni dia muka-muka yang hadir tapi pic aku takde..hehe
Bergambar Kenangan - Nazha,Kak Mida,Kak Neeza,Kak Lynn,Kak Ummunawwar dan suaminya - Fuad
Bonda Amirol,Wife Mie,Mie,Amirol,Shuth,Kaizen & kawan dia (aku tatau nama)
Para Mod WNC -orang kuat yang menjayakan Annual gath ini
Hadiah Cabutan Bertuah,Door Gift,Biz Card dll
So dah boleh tido ngan lena sebab dah update…hehe..Moga Ukhwah yang terjalin akan berkekalan selamanya..AMIN

BisnesWanita aka NazhaSecret aka nazha_n9 
Another Link Updates:
1- Team Flarebiz
2- Mohd Amirol
**ok dh betulkan
Apr
01
Posted by NazhaSecret
Aku ge Alor Star,Kedah ari jumaat malam (28Mac 2008) sampai subuh keesokan hari nya untuk Majlis Perkahwinan Noor Intan Suraya & abg Zam..bertolak balik sini kul 2ptg ari Ahad tapi sampai umah dekat kul 2 pagi ari Isnin..bayangkan bape jam kitaorang (aku & Along) duk dalam bas..naik kematu dah..huhu punya la jammed seteruk-teruknya..ni pun penat masih blum hilang lagi.. hari ni memang sangat busy tapi syukur pada-Nya yang mengurniakan sihat tubuh badan dan rezeki untuk kami. Akan Update Album Kahwin Intan & Abg Zam nanti ye..huhu.TeamGoldenSister merupakan jurusolek dan OP untuk Majlis ini,banyak lagi nak kena belajar ni..
Awat mcm terkejut je pengantin ni
So sweet lepas dah settle akad nikah-time ni kat traffic light taw
Assistant & Mak Andam melepak..hehe..jgn mare na
Mar
24
Posted by NazhaSecret
Masa lepas Maulidur Rasul tu,ada la lepak kat Cheras jap,rumah pak cik aku-Ayoh Long dan rumah abang sepupu aku-Abang Awie kat Bukit Antarabangsa..kebetulan ada makcik aku -Mok Long yang duk kat Kota Gelangi..so cukup meriah la..hehe.. sangat syok bila jumpa reramai macam ni,macam2 citer la kuar..adik sepupu aku yang kembar tu akan kawen bulan 5 ni, so semua tanya ‘Bila lagi?’ haha..gelak besar jap.. tak pe la kan, yang mana dah ada calon tu jangan la tunggu lelama lagi.. aku? Family first,business second le.. others? nanti la pikir..huhu..





Keluarga umpama nyawa..nadi,tulang belakang aku bila aku buat sesuatu..tanpa keluarga,aku tidak akan berada pada tahap skang,dorongan dan sokongan keluarga buat aku makin kuat,tidak mudah putus asa dan mengalah. Moga mereka tidak akan ‘membuang’ aku,tidak akan biar aku ‘keseorangan’.AMIN.
Mar
21
Posted by NazhaSecret


Hari ni 20hb Mac 2008, aku berpeluang escort ‘big boss’ aku pegi Bukit Jalil untuk sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.. actually masih terkial-kial dengan ‘my baby’ aku tu,camno la aku nak snap pic bagus-bagus.. aduhaiii.. masa sampai sana dah la tempat parking punya la jauh sebab ayah aku lupa kat mana event (dia as a URUSETIA) tapi takpe ar exercise jalan kaki and time sampai dewan, dah la cari seat punye la satu hal (mama aku gayat sket so kena la cari seat yang kat bawah,masalahnye semua dah penuh untuk Jabatan-Jabatan yang terlibat) ,tu blum cite perut aku berkeroncong sebab masa gerak tadi aku duk sebok baca nota sampai mama aku offer Nutri Meals pun aku bo layan.. padan muka aku..huhuhu
Time snap ni aku duk kat atas..huhuhu.. banyak gilos try and error sebab shot dalam dewan besar macam memang la sangat mencabar
Nasib baik la ‘big boss’ aku call suh turun sebab ada seat kat area dia kan, so dapat la mama aku lepak kat area room VIP tu (more pada URUSETIA nye tempat makan-makan) dan aku plak turun bawah ikut ayah aku pi kat area PRESS.. wallaweee baru la aku rasa mcm syiokkk nyeee..tapi yang sedey nye aku blum lagi mahir guna ‘my baby’ ni.. huhuhu.. sedey siut sebab banyak angle cantik aku ter’miss’ arghhh tension tapi takpe..kita belajar sket demi sedikit,lama-lama mesti aku pun leh terer macam diaorg tu kan.. tapi yang aku bengkek nye..ada sorang mamat ni,bawak kamera mmg cun ar DSLR ape aku tak pasan, aku suh dia amik pic aku ngn Dr Sheikh Muszaphar Shukor angkasawan tu,boleh plak gelap gulita gambo aku…adoiiiiiiiiiiii.. baru aku nak eksyen kat along.. hahaha..agak nye niat aku tak betul la tu.. apadaaa.. gambo ayah jadi plak aku snap..iskhhh.. takde rezeki la gamak nye.
SALAM MAULIDUR RASUL 1429 H
“MENJANA UMMAH GEMILANG”


Gigit jari aku tengok pic ni..huhuhu,jeles nyeeee
Mar
19
Posted by NazhaSecret
Alhamdulillah dapat gak aku pergi kelas Cikgu Adhadi yang diadakan pada 16hb Mac 2008 kat Palace of Justice,4x gak la aku round cari tempat ni..miahaha.. actually kelas ni lebey kepada Outing Kemahiran Fotografi yang menekankan aspek BASIC fotografi,macam mana kita nak mengenali DSLR kita dengan lebey dekat lagi,apa itu ISO, Aperture, Shutter, Metering bla bla bla..hehe.. Selama ni asyik pegang buku manual,tengok video tutorial sampai lebam,habuk pun tarak paham.. (aku la tu).hik hik hik
so far so good la.. dapat gak kawan baru kan.. So sini aku tempek la sket pic yg aku snap time outing ngan geng forum Photo School CS ni.. aku newbie kat forum tuh.. ahaks, pic aku tak edit,hanya resize and taruk watermark aje



yang kat bawah ni plak aku cilok dari posting kat forum tu..sebab ada pic aku terselit.. miahaha.. Dari Ejay dan Ajim (xde plak link dia kt ctu)
Ni pic dari Ajim’s Foto
Yang ni pic dari Ejay
Dua hari selepas aku pi kelas ni..aku jumpa plak ngan member online,time aktif kat forum JomKlik dulu - Martoza banyak ajar aku pasal flash la..macam mana nak guna aku nye SB800 ni.. macam mana nak setting manual, macam-macam la..hopefully aku leh ingat semua nye..hahaha.. Tima Kasih tidak terhingga pada semua.. Moga Kalian Dimurahkan Rezeki oleh-NYA.AMIN

Salam Sayang,

Mar
15
Posted by NazhaSecret
Assalamualaikum & hi..
Actually, i just want to share my story with my lovely blog’s reader.. almost got same question at my YM about how to make money through online? Sometimes they keep asking me,“hey..can you teach me how to sell product bla bla bla.. I want to have a website too,can you help me please!!”
I told you before I got my own domain name,I’m started with free wordpress blog to create my own business web,selling item and make a promotion to get some traffic. TWO YEARS I’m learning and build a few free blog for my online business.
When I said “searching and learning by your own, u’ll get some wonderful experience.U’ll will be strong enough to face any problem in this challenging world (online)” but they keep asking and want me to share more, I’m still newbie in this industry (online), starting on November 2005 and become Full Time Internet Entrepreneur only on 1st January 2007.
Its not easy to build what I have right now,I’m alone to do all this thing, learning coding html (x pernah belajar langsung) , take a photo - editing for selling product , packaging product and go to KTM / Post Office or sometime Poslaju come to my house, this is all I’ve done to satisfied my client,got the item on time..and so on. Still in progressing learning and keep learning.
Sometime I have big chances , offering to JV with me but I’m not interested JV on money / be my partner. Because I dont want to share. ( bukan sebab kedekut taw
) Its hard to explain here. BUT Im interested to JV with someone who have offering something such as exchange banner and want me to be their sponsor on some contest BUT in addition i still get benefit of being sponsor on that contest kan kan…hehe..
Now I’m more focusing on inner beauty, healthy , skin care,makeup & photographing. FOREX?hehe…bersara dulu la..not enough time to monitor chart and so on. SAHAM? hahaha.. last month i sold some share and got around 2.5k keuntungan bersih.I use that money to buy my new DSLR le..topup sket2..ahaks..
As a conclusion what ever you like or you want, try to achieve by your own effort … its feel really different and you will appreciate it. Opportunity in MAKING MONEY just only in front of you,so please don’t let it go far far away from you. TRY TO MAKE IT AS SOON AS POSSIBLE .. JANGAN LEPASKAN PELUANG DI DEPAN MATA.. Hope to see more brave and strong new brand in this industry especially Malay people.. AMIN
With Lots Of Love,

BisnesWanita aka NazhaSecret aka nazha_n9 