Archive for the ‘My Friends’ Category
May
14
Posted by NazhaSecret
Alhamdulillah siap gak aku resize gambar-gambar sekitar JomSeminar sessi ke-2 pada 11 Mei 2008.Macam biasa la,aku pegi mana-mana pun gambo aku bukan ader pun..hehe..tapi takper sebab aku memang suka amik gambo kan.. So enjoy the pic,moga dapat jumpa lagi di lain seminar,Insya Allah.. TAHNIAH BUAT SEMUA SPEAKER JOMSEMINAR - yang sudi mencurahkan ilmu,tips-tips kejayaan anda pada kami.Terima Kasih tidak terhingga - Alang, Gobala Krishnan , Fuad Latip, Yusry (ni mmg misteri sket dan melalui analisis dan search kemungkinan dan mungkin sah beliau juga TuahEmas yang dicari..hehe) dan Syed Ikhwan
Awal gak aku sampai 8.20 pagi macam tu
Ceria aje,salah sorang tu “buah hati” Raja Adsense kita..hehe
Ewah,sempat gak disnap nye folder JomSeminar ni
Masing-masing kusyuk duk dengar rahsia-rahsia buat duit online
Tu dia,asyik masyuk Insya Allah lepas ni boleh praktik
Dah selesai Seminar JomSeminar.Com
Masing-masing dah tak sabar nak amik sijil
Tadaaa..ni la dia “buah hati” Raja Adsense,pasangan bahagia gitu.Muda lagi ni taw.Aku rasa diaorang kawen muda ni..hehe
Tetiba aku nampak muka Team FlareBiz masing-masing macam “rakus” jeĀ pegang duit gitu..hehe.. Tahniah!! Duit Affiliate JomSeminar tu
Jejaka Tampan di JomSeminar Sessi 2..heheĀ
Ni Link Gambar-Gambar Sekitar Seminar JomSeminar Sessi 2:
1- Team FlareBiz
2- SyedIkhwan
3-DinBeramboi (belum ada pic)
Ni plak Gambar-Gambar Sekitar Seminar JomSeminar Sessi 1:
1- Sham RajaAds
2- Kak G @ InternetMelayu & Part II
3- Noorizam & Part II
4- Shuth
5- Adi Surya
6- Kasyidi
7- Abooain @ Syawarma
8- Arejae ( takde gambo lagi)
9- WanMus
10- Azam RinggitHit (aku confius tengok pic sebab dua-dua sessi ada dalam blog ni-layan aje la mungkin bro ni ge dua dua sessi kot..huhu)
11- Nasrun (blum ade gambo lagi)
**mungkin ada lagi tapi aku tak jumpa..so ni aje la link yang berjaya di kesan..hehe dalam email dan dalam link-link terjumpa
Jumpa Lagi,

May
14
Posted by NazhaSecret
Alhamdulillah selesai jugak misi aku nak pergi Seminar JomSeminar.Com ni.. So apa benda yang best sangat kat JomSeminar ni?ekekeke.. nak kena review ke? Aduhaii..okla ,aku paling suka guna bahasa yang simple dan sempoi untuk menggambarkan - BERBALOI & BERMAKNA.
Aku ni bukan senang nak keluar duit pergi seminar ke gathering ke,atau beli ebook..tapi bila aku keluarkan duit untuk benda-benda ni semua,mesti ada yang menarik dan tertarik..hehe.Nak tau mende? Hurm..nak share ke tak nak kat sini ek..huhuhu
Memang barisan speaker ni bukan calang-calang dalam dunia online ni,masing-masing ada kepakaran dalam bidang yang berlainan tapi mempunyai matlamat yang sama iaitu JANA INCOME MELALUI ONLINE / BUAT DUIT ONLINE
Sepatutnya aku join sessi 1 JomSeminar pada 10 Mei 2008 tapi macam aku citer kat sini la,nak tak nak kena la join sessi 2 JomSeminar pada 11 Mei 2008 bertempat di Hotel Armada,Petaling Jaya,Selangor.Nasib Baik pihak JomSeminar ada bukak sessi ke-2 kalau tak melepas aku tak dapat pergi,gigit jari la jawab nye..huhuhu
Ni Rumusan Simple-Komen Personal dari aku:
(laju siut dia cakap mcm keretapi tapi nasib baik aku leh pickup,hehe) - aku minat giler teknik ni.ahaks
#Gobala Krishnan - PAKAR SUPER AFFILIATE & PPC
(campur BI & BM,kagum bila dia citer pendapatan lumayan yang dia perolehi secara online hanya dengan teknik-teknik yang dia dedahkan)- WOW!!
#Alang ( Samsul Zamsuri) - PAKAR JANA PENDAPATAN DGN BLOG
(macam tak caya je hanya dengan BLOG dia mampu dapat cecah pendapatan lumayan) - aku pun suka buat blog dari tahun 2006 tapi takde la dapat income pun..miahaha..ada yang tak kena la blog aku tu kan..
#Syed Ikhwan - PAKAR GOOGLE ADSENSE
(aku gelar RAJA ADSENSE,dari CG lagi aku duk bersengkang mata kalau time aku free baca kat thread beliau,so time dia citer kat JomSeminar tu nampak la gambaran,teknik-teknik yang dia guna untuk jana income lebat) - bila la gliran aku plak..hehe
( affiliate pun dia terer gak ni,ada teknik white Hat dan Black Hat)- yang ni pun aku suka gak,sebab macam best,tak de guna modal besar pun..hehe
Aku rasa cukup bertuah sangat dapat pergi JomSeminar,dapat gak jumpa ngan peniaga di WMC - Zara_Vantage (ingat nak amik gambo ngan dia tapi tengok-tengok dia dah balik cepat..huhu),kali kedua jumpa ngan Team FlareBiz- Zhafran & Labanon, juga kali kedua jumpa member Labanon- Ecaros.Selain dari tu Din Beramboi juga berada dalam sessi yang sama ngan aku (tapi aku tak berkesempatan nak kenal yang mana),sebaris meja selang seorang ngan aku- Aminbeb (tahniah dapat cabutan top komentar terbaik),Kartunis Ubi pun ada- kartun paling aku minat zaman sekolah dulu kat majalah UJANG(Budak Hostel - Aku,Dia & Volkswagen).Kesimpulan sessi ke-2 seminar JomSeminar ni dihadiri oleh rata-rata yang masih tidak mempunyai website atau blog.Hopefully dia orang betul-betul beroleh “Sesuatu” sebab time break,aku duk borak-borak ngan dua-tiga orang yang duk semeja makan,dia orang macam “lost” sebenar nya,tapi apa kan daya aku pun hanya newbie cuma lebey sket je dari dia orang.Apa-apa pun masih ada masa lagi untuk terus bergerak kehadapan.
**Pic sekitar Seminar JomSeminar.Com jap lagi la aku upload..Bersambung daa…
May
06
Posted by NazhaSecret
Orang kata kalau dah jodoh tak kemana kan…hehe..sesuai ke perumpamaan ni? apa yang aku nak story kat sini, kadang-kadang kita ge kenduri atau memana la kan,“eh macam kenal aje,lor budak sekolah dulu”..”alahaii..ex-opismate time keja dulu la”..”eh,tu roomate masa kat matrik”.. tu la kalau dah jodoh kan,mesti jumpa punya walaupun kadang-kadang dah lost kontek 3-4 tahun..
Anyway Selamat Pengantin Baru diucapkan pada Shaz&pasangan ( ex-opismate time aku keja kat Perangkaan dulu) dapatla jumpa Ina dan Azreen (maaf Reen,Angah & Along tak dapat ge kenduri Reen yang lepas sebab clash dengan kelas makeup Nurul Shukor)
Ina amik berkat Shaz ke?ehehe
Sempat aje aku snap..ahaks!
Sesapa yang batch belajar U dengan aku pasti kenal Farah Murni Merican,tak sangka betul aku terjumpa time teman Along ge kelas makeup Nurul Shukor pada 3 & 4 Mei yang lepas,aku pegi as a Photog Junior yang nak belajar shoot model plak..kih kih kih..ada hati nak shoot model..eh tapi mana tau kan.. Minat gak si Farah ni belajar makeup..hehe.. tapi memang tak sangka setelah bertahun (ada dekat 4 tahun tak jumpa) akhirnya berjumpa kat sini,dah jodoh kan
Along - tak dapat jumpa real pic pun jadi la,ke yang dalam perut tu ngidam nak amik pic ngan Datuk Siti Nurhaliza..hehe
Dengan Farah Murni Merican
Gila sporting budak kelas ni..nantikan update pic diaorang kat Galeri Photo
Thanks to PA Nurul Shukor- Dila & her husband Fazli (duk snap pic ni)
Apr
01
Posted by NazhaSecret
Aku ge Alor Star,Kedah ari jumaat malam (28Mac 2008) sampai subuh keesokan hari nya untuk Majlis Perkahwinan Noor Intan Suraya & abg Zam..bertolak balik sini kul 2ptg ari Ahad tapi sampai umah dekat kul 2 pagi ari Isnin..bayangkan bape jam kitaorang (aku & Along) duk dalam bas..naik kematu dah..huhu punya la jammed seteruk-teruknya..ni pun penat masih blum hilang lagi.. hari ni memang sangat busy tapi syukur pada-Nya yang mengurniakan sihat tubuh badan dan rezeki untuk kami. Akan Update Album Kahwin Intan & Abg Zam nanti ye..huhu.TeamGoldenSister merupakan jurusolek dan OP untuk Majlis ini,banyak lagi nak kena belajar ni..
Awat mcm terkejut je pengantin ni
So sweet lepas dah settle akad nikah-time ni kat traffic light taw
Assistant & Mak Andam melepak..hehe..jgn mare na
Mar
01
Posted by NazhaSecret
Lama nye tak update blog..hehe..sebenarnye banyak sangat nk mencoret,nak berceloteh kat sini..chewahh macam nk gossip-gossip plak ek..ahaks..
Actually pada akhir bulan Feb ,aku ada lepak kat KL jap,lepak umah Intan member sesama belajar dulu.Kebetulan time aku nak balik tu kami terserempak ngan Kak Syam ngan suami dia kat Central Market..aku pangey dia dulu ‘waghieh’ ..anak dah dua dah..hehe.. sangat rindu time belajar,time makan-makan kat bumbung CM tu,time ‘dating’ or blind date..miahaha!! kenangan lama dan sangat Enjoyyy!!
Dari Kiri - Waghieh,aku dan Intan
Pada hujung minggu plak ari Sabtu 1hb Mac 2008 - Best buddy time sekolah dulu Dilla menikah dan memberi kepercayaan pada kami- Team Golden Sister menyolek dan merias dia. Macam tak percaya je status ‘Cik’ dah bertukar..hehe..dah tak boleh nk lepak-lepak macam dulu lagi kan Dilla.. Apa-apa pun ‘SELAMAT PENGANTIN BARU DILA & IZUAN’
Dah selamat dah kawan aku ni..huhu
Dari Kiri Cana,Along Anie dan Ash
Sempat possing,detik-detik terakhir Dilla sebelum jadi bini org..hahaha
Yang terkilan sangat Lin ‘Bulat’,Sri Sabariah,Abid,Ainee,Ilham…tak dapat datang,tapi tkpe 9hb tarikh kenduri..hopefully leh jumpa nanti..
Selamat Mengundi pada 8hb Mac 2008 ni
Feb
26
Posted by NazhaSecret
Pada 15/2-16/2 aku telah mengikuti kursus perunding kecantikan Mary Kay di Jaya 33,Petaling Jaya.Jadi secara rasminya aku kini bergelar Independent Beauty Consultant.
Macam mana aku leh terjebak ni?Hehe..tanpa dirancang pun, sebelum ni kulit aku berminyak di bahagian zone T oily n skin tone tidak sekata,tapi 1st time try MaryKay terus jatuh cinta..hehe. smpai jadi beauty consultant as my part time job, selama ni mmg tak amik pot pun pasal skin care ni..alhamdulillah sekarang kulit pun makin elok..hopefully inilah last produk yg aku cuba.. 
Produk MaryKay ni setanding dengan kaunter produk spt SKII,CLINIQUE dll..harga sangat berpatutan dan berbaloi sbb boleh tahan 4-6bulan mengikut penggunaan (utk skin care produk, pencuci akan abis dulu) yang best sangat adalah MONEY BACK GUARANTEE kalau tk rasi ngn kulit kita..so dunt worry ok..
Nak Share Pic During ESRS COURSES @ MKM ..GREAT n HEBAT sangattttttttt!!! hehe,sapa2 yang berminat nak jadi beauty consultant macam sy boleh la kita chit chat nti ok..ENJOICE!!!
Team ESRS Mary Kay
All together with love
GREAAATTTT!! yehaaaa!!
Dec
26
Posted by NazhaSecret
Salam..
Actually macam tak percaya aje akhirnya Alumni Maahad Ahmadi, Gemencheh Negeri Sembilan,batch SPM 1997 berjaya diadakan di Sunshine Bay Resort bt 2,Port Dickson pada 24hb Disember 2007-25hb Disember 2007 (24hb bermalam utk yg berminat)… rancangan pada asalnya tercetus selepas pergi kenduri kawin Jai ,mastermind nye si Amran la..hehe..alhamdulillah selesai gak la semua.
Cilok senarai nama kat yahoo group jap:
Terima Kasih kepada antara mereka yang hadir :-
1. Norizam Saat dan Keluarga (tigo anak ee dan orang gaji)
2. Mohd Nizar Hartoyo (anak bini tinggal umah)
3. Khir Johari dan Isteri (nama isteri tak kenal katanya)
4. Uzairi dan Isteri (baru kahwin ni, kat 2 bulan kot)
5. Mohd Hafiz Azam (bini tinggal umah, dalam pantang)
6. Mohd Khairishahrizal Yaacob dan Isteri
7. Mohd Nazri Shamsuddin dan Isteri (Tima Kasih bawakan Speghetti)
8. Azrul Azwad Abd Kadir dan Keluarga (Datang dari jauh gak ni,TQ)
9. Mohd Hairul
10. Mohd Hazreek (Pengantin Baru 2 hari)
11. Hisham Abas (Isteri berpantang,baru jadi bapak 2 minggu, Tahniah)
12. Mohd Khaidir Mohd Awal (Tuan Pengerusi persatuan)
13. Mujahid Abd Rahim (awek datang esok ee, hehe)
14. Muhammad Amran Jabar
15. Hirma
16. Nur Ilham Hamzah
17. Nor Zalilah Abdullah
18. Nor Adilah Idris
19. Mazlina Syafinah
20. Khuzaimah
21. Syarifah Khairiyah
22. Nor Asnira
23. Aida Soraya (lupo lak namo suami ee)wife Ust Khir Johari da
24. Zawiyah Zakaria
25. Zawiyah ‘Chawit’ dan Keluarga
26. Ainee Adina dan Keluarga (Tq pada abg dia, bekerja keras utk BBQ)
27. Hastina Rahayu dan Suami(tima kasih puan inps, datang dari jauh2)
28. Nor Ain (Cikgu seberang laut)
Meh tgk pic apa yang sempat aku snap:
Geng Lelaki Maahadraf
Geng Perempuan Maahadraf
Amran sebelah kiri,Hafiz sebelah kanan org kuat BBQ
Ilham orang kuat gak..hehe
Geng Maahadraf merancang “sesuatu” hehe
Semua berstatus SINGLE lagi..3orang bakal resign club single
Eh ada Khir Johari dan Hairul la
Bersama Ash (kiri) dan Inspektor Hastina Rahayu
Azah yang kanan-Suami dia nama glamer Bayai (adik Ust Zamani)
ALUMNI MANS batch 97′
**moga ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya.AMIN
Dec
23
Posted by NazhaSecret
Salam semua..
Musim cuti sekolah belum lagi berakhir jadi jemputan kenduri pun memang la tidak putus-putus sampai kena buat keputusan nak pergi yang mana..alahaiii.. dilema betul la..hihihi.. tapi kenduri kali ni memang aku teringin sangat pergi.Sebab? Dia orang ni sama sekolah dengan aku sampai la masuk ke UIA.Pernah ada ‘konflik’ dengan aku,biasa la masa time ‘muda-muda’ dulu..hehehe..dan sebab yang best dua jemputan ni datang nye dari BEST COUPLE batch aku dari zaman sekolah sampai la ke ipta, dia orang tiada jodoh tetapi ironinya JODOH bersanding dengan pasangan masing-masing pada hari yang sama
Menerima jemputan dari pengantin sendiri memang satu penghormatan dan rasa macam tak sanggup nak hampakan.Mula-mula member aku - Ilham nak pergi kenduri Hazreek di Melaka saje,tapi akhirnya memutuskan untuk pergi ke majlis Rozita di Palong 12,n9 dulu..Yahooooooooooooo!!~ best nye.. lama tak jumpa Rozita ni..
Perjalanan dari Palong 12 ke Melaka pula satu benda yang adventure bagi aku dan Ilham..hehe. rasa macam tour satu Negeri Sembilan pulak.. Dari SEREMBAN lalu ke KUALA PILAH then lalu BANDAR SERI JEMPOL baru la boleh sampai ke FELDA PALONG 12.Selesai je tanpa tunggu pengantin lelaki sampai,terus kitaorang blah nak bekejar ke majlis Hazreek lagipun member-member lain Hirma,Shahadah dan Siti Hajar tengah tunggu kitaorang kat sana,pengembaraan kami diteruskan lagi
.Kali ni lalu jalan ke GEMAS tapi rentas kat FELDA GUGUSAN JELAI tembus keluar ke GEMENCHEH.. masuk simpang jalan short cut ke MELAKA sebelum sampai ke pekan TAMPIN..hahaha..time balik, dari BANDAR MELAKA terus laju menuju ke highway AYER KEROH dan yang paling HANGIN satu badan bila lagi 6-5km nak masuk ke exit TOL SENAWANG boleh jammed dalam 30minit jugak la..huhu.. dengan hujan yang lebat lagi..adess..kesian member aku Ilham sebab dia yang drive..hik hik hik.. Enjoy pic majlis perkahwinan di akhir tahun 2007:
Kami dengan Pengantin - Rozita Musah
Bersama Pengantin- Hazreek
CERITA IKHLAS DARI TEAM BERANI MATI RELA & HAM
ekeke!!

Dec
01
Posted by NazhaSecret
Kenangan bila jumpa kawan-kawan sekolah,mesti masa kenduri kendara ke,ye la time tu je kita dapat berkumpul balik kan..Ni nak cerita pasal aku pergi kenduri kahwin member sekolah aku di Palong 9,negeri sembilan..jauh nye toksah cerita la dari seremban ni..hahaha..ada lagi nak cite kejadian di sebalik tabir..ahhhh malu ar nak cite sebab kejadian tu pasal diri aku..hik hik hik..
Kembali pada cite utama..ahaks..kitaorg pergi kenduri kahwin Jai aka Uzairi,dapatla jumpa rakan-rakan..sahabat lama di sekolah…bila kira-kira balik dekat 10 tahun tuh tak jumpa..masya Allah..punye la lama kan..dan cepat betul masa berlalu..yang sempat aku nampak Farid dan Hairul..yang datang ngan aku,Amran,Ilham,Khidir,Nizar..yang dah sampai Kamaruliza,Hirma dan Shahadah…yang jumpa time tengah makan Zawiah aka Cawit ngan family,Najibah ngan family..Aida Soraya dan Khir Johari (suami isteri ex-schoolmate aku)
Dari kanan - Kamaruliza,Shahadah,Cawit & Aku
Dari Kiri- Cawit,Ilham,Jibah,Aida,Aku,Liza & Shahadah
Hampir 10 tahun berlalu lepas SPM ‘97
Bersama dengan pengantin- Jai & Naziah
Hehe..memang syiokkkk sangat..tidak dapat aku gambarkan perasaan bila berjumpa dengan kawan-kawan lama..tambah-tambah kalau kita rapat dengan orang tu kan..lepas kenduri Jai,sampai rumah aku lepas Asar,plan plak nak jumpa ngan best buddy aku kat sekolah dulu Ash aka Asnira..dia datang umah aku dan kitaorg(aku,Ilham & Ash) lepak sampai maghrib.. macam-macam cerita kuar..hehe..Lepas Maghrib,pergi plak melantak kat Protect area Ampangan..Yehaaaaa…Aku windu ngan korang..x best sebab Dilla x dapat join time tu..
Menu aku - Nasi Goreng Ikan Masin
Tu dia..Ash melantak dengan rakus nye..hik hik..guwau jek
Ecece..Ilham kontrol ayu time melantak..hahaha
Burghhhh.. melantak tak ingat tu beb