Archive for the ‘Lepas Geram’ Category
May
18
Posted by NazhaSecret
Minggu ni laluan Senawang - Klang dah macam laluan asasi buat aku,ibarat macam “makan nasi” memang itu lah yang terjadi sejak hari Khamis 15 Mei 2008 yang lepas.
Aduhh..penat sey,ari Khamis petang ge Klang dari Senawang (with my lovely Mom sebab pakcik aku dr kampung,Besut Terengganu datang).
Jumaat aku plak bekejar sensorang balik ke Senawang sebab nak amik barang ( x cukup item,janji ngan orang kt Shah Alam) dan kebetulan ada nak hantar barang kat 2 orang client JDM5 kek Somban. So macam minah rempit la kejap kan,sampai lewat petang (dekat nak Maghrib) dah kat Somban tu,settle je hantar JDM5 tu rasa lega sket kan,balik umah,rebus ikan nak bagi kucing kesayangan aku - Bulat & Putih .. upah diaorang jaga umah..hehe..siap-siap apa semua tengok jam dah kul 10malam..aduss..mata aku ngantuk gila,macam mana nak rempit lagi ge Shah Alam ni..nasib baik la member aku Intan cancel nak jumpa,kalau tak,tak terkejar de aku nak ge Ampang..huhu.settle kat Shah Alam dah kul 12 tgh mlm. Sampai-sampai umah Klang dekat kul 1 pagi..nasib baik “big boss” aku tak membebel ye la anak dara balik lewat, tak pernah aku balik time cenggini der..
Skang aku dah ada kat umah Senawang (petang tadi sampai) tapi esok pepagi (eh dah kul 2.40 am kira arini la sebenarnya) nak kena ge Klang balik pulak…adoiii..tapi takpe setiap kilometer perjalanan dari ari Khamis dah masuk dalam kiraan diary bisnes wanita macam aku ni,jadi walaupun kesana kemari,mesti kena ada “masuk” jangan asyik “keluar aje byk”..so minggu ni “masuk pun kena banyak” - kebetulan bonus insentif HPM untuk produk JDM5 dah masuk dalam akaun.Alhamdulillah
**balik Klang line 3g aku ampeh menyebabkan aku takde mood nak online..huhu..tapi kena jugak online,kalau tak,tak masyuk la…huhuhu..
May
11
Posted by NazhaSecret
Assalamualaikum..
Ramai tertanya apa update terkini NazhaSecret aka Nazha_n9 ni?Blog sunyi sepi aje..ekekeke.. Jangan la marah, jadual hujung minggu yang sentiasa padat dengan bermacam aktiviti dan hal family(nak dating pun tak sempat :P eh,dgn sapa nak dating?)
Masa aku tengok iklan JomSeminar ni kat CG,aku tkde la amik pot sangat kan, tapi ntah la macam mana tetiba aku YM ngan SyedIkhwan (raja GoogleAdsense) tanya pasal harga dan camne nak join JomSeminar ni…
Sepatutnya semalam 10 Mei 2008 aku kena hadir JomSeminar ni,tapi sebab ada masalah transport dan family membuatkan aku terpaksa bagi message kat SyedIkhwan mintak datang JomSeminar pada hari ni (skang dah kul 3pagi,JomSeminar start kul 9pag-aku baru bangun tido berkobar2 nak pegi ni..ekekeke)
So tak dapat la nak gambar kan macam mana la rupa orang-orang yang hadir JomSeminar ni,aku ni dah la newbie,adesss..mintak2 la aku beroleh “sesuatu” hari ni..AMIN
regards,

May
10
Posted by NazhaSecret
Assalamualaikum semua..
Korang yang pernah baca review aku pada entry yang lepas Monsun-Biz mesti tertanya nape takde update dari aku kan..actually time 13 april 2008 tu aku ada hal family di Klang membuatkan aku terpaksa cancel pergi Kelas Teknikal Monsun-Biz tu.. tapi takpe sebab orang yang kenalkan pada aku (Pn Ann- owner WanitaMelayu.Com) kata boleh pergi next kelas.. so aku diminta call MIRSB sendiri dan aku telah set ngan diaorang nak datang pada 4 Mei 2008 yang lepas tapi sebab clash dengan kelas makeup Nurul Shukor membuat aku terpaksa batalkan niat suci tu (ceh kena bayar rm100 tu,ingatkan free maklumla aku amik pakej supermarket) Mula-mula diaorang kata aku tak layak masuk kelas pagi so boleh masuk kelas petang aje rm60,tetiba plak dia kata “eh,takpe kalau awak masuk dua-dua kelas boleh je,murah sket bayar rm100 jimat rm20″ Aduiii..Pening sungguh diri ku ini,kejap cakap A,kejap cakap B.. kebetulan plak,memang sebelum ni kan ada terima komen kat topik ni dari rakan2 lama online biz macam Ammbiz , NoorizamShah dan Obito membuatkan aku pun macam tak sedap ati,ditambah plak ade aje halangan time aku nak ge kelas teknikal tu (macam Allah tak izin/tidak permudahkan urusan ni)-aku amik keputusan untuk tarik diri.
Semua nye sebab kebetulan aje, aku pun ada gak baca kat dua Forum kesayangan aku NoGold dan CariGold ( dua forum paling lama dan 1st aku join) korang leh baca kat link ni:
Monsun-Biz @ CG
Monsun-Biz @ NG
So setelah aku timbang tara dan aku telah message dengan owner WanitaMelayu.Com (pn Ann yang kenalkan,memula aku tatau pun yg aku join bawah dia ni Monsun-Biz) cara untuk aku mintak balik duit deposit rm3k aku, so dia telah ajar dan pos resit original deposit pakej Supermarket aku..semlm aku telah buat surat dan insya Allah akan diposkan pada Isnin ni..mudah-mudahan la tak lama aku dapat duit refund ni,boleh buat benda lain yang lagi bagus dari Monsun-Biz.AMIN
Mar
09
Posted by NazhaSecret

Keputusan Pilihanraya Umum ke-12 2008 yang diterima dan ditengok di halaman web SPR sehingga 7:35 pagi ni.. memang keputusan yang tidak dijangka. Ada yang tanya aku sokong ape?Hehe..Walaupun aku budak Political Sciences dulu tapi aku bukan lah amik pot sangat sebab bagi aku simple aje,Parti mana yang menang, dia sudah diberi mandat dan wajar menjalankan tanggungjawab yang diberikan sepenuhnya oleh rakyat.. kadang-kadang parti tidak salah tetapi ‘orang-orang’ yang berada dalam parti atau pun dibelakang parti tu yang menjadikan ‘politic corrupted’ miahaha..tetiba lak citer pasal politik ek..Barisan Alternatif Konker 5 negeri - KELANTAN,KEDAH,PERAK,SELANGOR & PENANG
My Baby DSLR D80

Saje nak menempek DSLR baru aku..huhuhu..kumpul duit setahun ni nak beli.. alahaii cayang ku d80..ahaks.harga???huhuhu..abis 5k jugak la sekali ngan aksesori dia semua termasuk SB800. lum mahir lagi..kelas basic insya allah aku akan pergi pada 16 Mac 2008 ni.. Rasmi guna time pilihanraya semalam.. saja la duk menembak ntah apa-apa…aku dah resize gambo..editing malas lagi nak buat..hahaha


Kebetulan kat umah Along arini ada kenduri,aku pun saja la mengetest jap..macam syiok plak..aku resize je pic-pic ni


Comot anak buah aku ni..hehehe..
Feb
07
Posted by NazhaSecret
Bila kita menghadapi saat-saat sukar dalam hidup kita, apa yang harus kita lakukan? Mesti kita rasa buntu yang teramat sangat,sampai akal fikiran yang waras pun masih tidak mampu untuk berfikir..
Walau bagaimana sekali pun,Hidup mesti diteruskan jua.. Memang kadang-kadang ada satu tahap, kita tak mampu nak tanggung dan hadapinya sorang-sorang. Masa ni la kita perlukan sokongan dari orang-orang yang rapat ataupun mengenali diri kita. Tapi tu la, hidup ni memang penuh dengan sandiwara. Kita diibaratkan pelakon layar atau teater. Seolah-olah berlakon tapi dipentas yang nyata..
Masa ini lah kita dapat menilai,kawan kah?atau musuh dalam selimut?atau yang lebey teruk lagi,talam dua muka?Hurmm.. yang perli terang-terangan tidak apa lagi..tapi kalau yg duk cakap-cakap belakang tu,ape cite? Tu sebab lah ada pepatah kata “Bukan Senang nak jadi SENANG ni”
My Golden Philosophy:
“Aku dulu selalu jatuh,pastu bangun dengan bantuan tongkat…jatuh lagi..tapi kali ni aku terus usaha untuk bangun sendiri tanpa tongkat, tongkat tak buat aku rasa secure, tak kukuh, cepat sangat patah.Jadi biarlah aku berjalan tempang sebab jatuh banyak kali asalkan aku tak mintak tolong dengan tongkat lagi”
Hehe..tatau la naper aku suka sangat dengan perkataan “GOLDEN” sampai company dan team dengan Along pun aku taruk “GOLDEN” gak
With thousand Of GOLDEN dreams:

Dec
22
Posted by NazhaSecret
Huhuhu!!~ Really tension when I saw my permanent blog link be like this
Not Found
The requested URL /blog/coret-mencoret/just-come-back-from-jb.html was not found on this server.Additionally, a 404 Not Found error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.
arghhhhh
I don’t know why,maybe some of my folder misplaced somewhere when my friend backup the file yesterday.I’m spend the whole night,checking wordpress standard file one by one. (sampai mata dah naik juling ni)
Hopefully someone in Carigold will help me solve this problem …huarghhhhhhhhh
Before this I have set up the custom permalinks like this:
/%category%/%postname%.html
I have to set it to default..ouhhhh no no no.But it just temporary setting until I have found the “anai-anai” hahaha 
Dec
07
Posted by NazhaSecret

Tidak kira dalam apa jua cabaran dan dugaan dalam hidup kita..pasti kita kena tempuhi jua setiap saat-saat kesukaran itu,samaada keseorangan ataupun dengan teman.Jadi hadapilah setiap dugaan dan cabaran itu dengan senyuman.
Bercerita tentang dugaan,petang semalam merupakan dugaan buat ku sebab streamyx di rumah down.Mungkin sebab hujan kot.Jadi dari petang semalam hingga hari ini tidak dapat online.Mesti korang pelik,apa kena mengena dugaan dengan streamyx ni?hehe..bagi aku jika tidak boleh online memang la serba tidak kena sebab 100% pendapatan aku tertumpu pada jualan produk secara online.Mudah-mudahan selepas ni boleh la buat secara offline pula.Amin.
Tadi bukak YM ada terima pertanyaan offline tentang produk tapi malang nya time aku online sudah lewat petang.Dan terpaksa bergegas kemas barang nak bertolak ke Bagan Lalang.Jika ada WIFI di Hotel Seri Malaysia,Bagan Lalang boleh la aku sambung mencoret lagi..
Senyum Mesra Dari,
BisnesWanita aka NazhaSecret aka nazha_n9