03
Mana Nazha Hilang Ni?
Posted by NazhaSecretHahaha..aduhaii.. sebenarnye memang banyak gila nak update,nak membebel kat blog kesayangan aku ni.. tapi apa kan daya,aku ni hanya manusia biasa,bukan robot yang boleh bekerja lebey masa..hehe.. tajuk ni merujuk pada satu YM yang aku terima,“Mana Nazha Hilang Ni?Blog tak update je saya bape kali tengok sama aje”
Ya ampun..bukan aku sengaja tak nak mencoret,tapi kekangan jadual dan masa untuk online sangat limited,bulan Mei memang free sesangat la boleh ge sana sini,bulan Jun memang padat gilos.Meh aku senaraikan alasan apsal Nazha ni Hilang dan begitu bz nak mengupdate blog:
1- Busy dengan job wedding (as a junior photographer sekali dua je sempat ge menembak,travel 2 kali,editing)
2- Sangat sibuk dengan kelas facial + makeup (permintaan untuk kelas ni sangat la banyak sampai tak menang tangan)
3-Bila buat kelas facial + makeup yang memaksa aku pergi ke KL dan tido di umah ayah aku Klang (susah nak online guna 3g kat sana sangat la slow giler)
4-Juga menjadi supir buat kakak tersayang yang asyik kena pergi hospital medical checkup pregnancy(ada kencing manis+darah tinggi masa mengandung- aku kena jadi baby sitter,nak online pun payah sbb skang anak buah aku dah pandai kacau aku nye laptop) hehe..
5-Busy dengan anto barang COD JDM5,Hadis Nutri Meals,MaryKay Produk
Ini lah sebahagian alasan kenapa tiada update sepanjang bulan Jun..jadi untuk permulaan bulan Julai ni aku cuba sedaya upaya menjalankan tanggungjawab sebagai junior blogger mengupdate dan mengapply segala teknik di JomSeminar bebaru ni..tengah duk intai partner untuk projek yang akan datang , Moga ALLAH permudahkan segala urusan aku.AMIN
**tengah tunggu refund MIRSB MONSUN-BIZ lagi..bila la aku nak dapat ni..huhuhu
Salam Ceria BisnesWanita.Com | SentuhanKreatif.Com


.gif)
.gif)



