Archive for the ‘Bisnes Saya’ Category
Jul
04
Posted by NazhaSecret
Aku bekas pelajar Political Sciences dan sangat berminat dengan dunia online sejak dari tahun 1997 dimana aku suka sangat dengan dunia chatting dan games,kawan-kawan aku tau dah kalau aku hilang takde kat bilik tu jawabnye aku memang ‘berumah tangga” kat Cyber Cafe hostel la,sehinggalah aku tamat belajar pada tahun 2003 di sebuah U tempatan dengan jayanya.Bekerja sebagai goverment servant contract 2 tahun tapi aku tak pernah pun dapat apa yang aku nak(kepuasan bekerja,salary,tak pernah improve skill and knowledge aku).Membuat satu keputusan berhenti kerja,tak nak kerja bukan lah senang walaupun ada desas desus kata if aku dapat teruskan kontrak tu,maybe aku dapat diserap sebagai permanent staff cerah dan peluang untuk aku guna degree aku utk move level kerja senang.Sapa tak meleleh dengar,semua orang kalau boleh tak nak lepaskan peluang maju dalam kerjaya bidang masing-masing kan.
Tapi aku tak pernah menyesal pun skang ni,cerita aku mula berminat dan bergiat aktif dalam dunia AUTOSURF,HYIP dan FOREX akhir tahun 2005.Forum NoGold dan CariGold merupakan forum pertama yang aku join dan banyak sangat belajar kat sana,kena tipu pun bermula kat situ la..hehe,Nasib badan kan
Aku belajar dari bawah,bermula dari insan yang tidak punya apa-apa ilmu pengetahuan tentang dunia bisnes online,tentang hal berkaitan dengan web,coding html..sehinggalah ketahap sekarang ni mempunyai dua domain sendiri dan berjaya mensetup web-web tu cincai-cincai pun ada gak rupa web,biarlah bukan rupa web pro pun kan..hehehe
Kebanggaan aku tahun 2008 terlahirnya www.BisnesWanita.Com dan www.SentuhanKreatif.Com hasil usaha sendiri aku sendiri,berada pada tahap skang dalam dunia online bukanlah sangat mudah.Kenapa tetiba aku cerita bab ni,apala tujuan aku membebel cite yang membosankan ni,sebab nya mudah bila minggu ni aku ada jumpa kawan dan juga ada terima YM dari kawan-kawan lama time belajar dulu,kawan-kawan tempat kerja lama,tanya aku kerja apa,bila aku jawab “ala aku kerja biasa-biasa aje,bisnes online” diaorang boleh balas ” eh,boleh hidup ke?” “bape sen la sangat ko dapat kan sebulan,mampu ke nak beli kereta,rumah” “ala tu belum kawen lagi kang kalau dah kawen macam kitaorang ni tak keje takleh idup wei” “ei kalau aku la,tak kelas langsung” apa aku leh buat hanyala SENYUM dan terus senyum.. ye memang aku akui aku tak de kedai di alam nyata,kerana bisnes aku 100% beroperasi secara online,promote pun 100% online tetapi aku bersyukur kalau dulu gaji aku kerja bawah rm700 sebulan bekerja dari pukul 8pagi-5ptg skang ni bekerja ikut suka hati aku,tapi aku boleh buat average 5x - 7x ganda dari gaji dulu sebulan hanya dengan berniaga secara online,tapi bukan mudah la kan nak capai target ni. Skang aku nak cuba plak dalam bidang baru,adsense,affiliate dll plak,mana tau rezeki aku lagi murah lepas ni,hehe..nak senangkan family aku dan nak beli kereta idaman aku HONDA JAZZ ..yehaaaaaaaaa!! tapi kalau beli nak sumbat kat mana plak kete tu nanti..hehehhe.. buat kawan-kawan yang mengenali diri aku,jangan korang pandang aku takde mata taw,kecik ati aku,tapi bila dah luahkan kat blog aku,rasa lega nak mampus..fuhhhhh..lepas ni leh la tido ngan aman..
** Kesilapan aku dulu - TIDAK FOKUS DALAM BISNES APA YANG AKU NAK BUAT,orang jual ni,kita pun nak jual ni,orang jual tu,kita pun nak jual tu.
** Jalan Penyelesaian - CUBA UNTUK FOKUS dan TUMPUKAN terhadap BISNES yang aku SUKA dan MINAT
TIPS!! = KENALI POTENSI DIRI SENDIRI SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN TERLIBAT DALAM DUNIA BISNES ONLINE.
IF I CAN DO IT,YOU CAN DO IT TOO!!
May
18
Posted by NazhaSecret
Minggu ni laluan Senawang - Klang dah macam laluan asasi buat aku,ibarat macam “makan nasi” memang itu lah yang terjadi sejak hari Khamis 15 Mei 2008 yang lepas.
Aduhh..penat sey,ari Khamis petang ge Klang dari Senawang (with my lovely Mom sebab pakcik aku dr kampung,Besut Terengganu datang).
Jumaat aku plak bekejar sensorang balik ke Senawang sebab nak amik barang ( x cukup item,janji ngan orang kt Shah Alam) dan kebetulan ada nak hantar barang kat 2 orang client JDM5 kek Somban. So macam minah rempit la kejap kan,sampai lewat petang (dekat nak Maghrib) dah kat Somban tu,settle je hantar JDM5 tu rasa lega sket kan,balik umah,rebus ikan nak bagi kucing kesayangan aku - Bulat & Putih .. upah diaorang jaga umah..hehe..siap-siap apa semua tengok jam dah kul 10malam..aduss..mata aku ngantuk gila,macam mana nak rempit lagi ge Shah Alam ni..nasib baik la member aku Intan cancel nak jumpa,kalau tak,tak terkejar de aku nak ge Ampang..huhu.settle kat Shah Alam dah kul 12 tgh mlm. Sampai-sampai umah Klang dekat kul 1 pagi..nasib baik “big boss” aku tak membebel ye la anak dara balik lewat, tak pernah aku balik time cenggini der..
Skang aku dah ada kat umah Senawang (petang tadi sampai) tapi esok pepagi (eh dah kul 2.40 am kira arini la sebenarnya) nak kena ge Klang balik pulak…adoiii..tapi takpe setiap kilometer perjalanan dari ari Khamis dah masuk dalam kiraan diary bisnes wanita macam aku ni,jadi walaupun kesana kemari,mesti kena ada “masuk” jangan asyik “keluar aje byk”..so minggu ni “masuk pun kena banyak” - kebetulan bonus insentif HPM untuk produk JDM5 dah masuk dalam akaun.Alhamdulillah
**balik Klang line 3g aku ampeh menyebabkan aku takde mood nak online..huhu..tapi kena jugak online,kalau tak,tak masyuk la…huhuhu..
May
11
Posted by NazhaSecret
Assalamualaikum..
Ramai tertanya apa update terkini NazhaSecret aka Nazha_n9 ni?Blog sunyi sepi aje..ekekeke.. Jangan la marah, jadual hujung minggu yang sentiasa padat dengan bermacam aktiviti dan hal family(nak dating pun tak sempat :P eh,dgn sapa nak dating?)
Masa aku tengok iklan JomSeminar ni kat CG,aku tkde la amik pot sangat kan, tapi ntah la macam mana tetiba aku YM ngan SyedIkhwan (raja GoogleAdsense) tanya pasal harga dan camne nak join JomSeminar ni…
Sepatutnya semalam 10 Mei 2008 aku kena hadir JomSeminar ni,tapi sebab ada masalah transport dan family membuatkan aku terpaksa bagi message kat SyedIkhwan mintak datang JomSeminar pada hari ni (skang dah kul 3pagi,JomSeminar start kul 9pag-aku baru bangun tido berkobar2 nak pegi ni..ekekeke)
So tak dapat la nak gambar kan macam mana la rupa orang-orang yang hadir JomSeminar ni,aku ni dah la newbie,adesss..mintak2 la aku beroleh “sesuatu” hari ni..AMIN
regards,

May
10
Posted by NazhaSecret
Assalamualaikum semua..
Korang yang pernah baca review aku pada entry yang lepas Monsun-Biz mesti tertanya nape takde update dari aku kan..actually time 13 april 2008 tu aku ada hal family di Klang membuatkan aku terpaksa cancel pergi Kelas Teknikal Monsun-Biz tu.. tapi takpe sebab orang yang kenalkan pada aku (Pn Ann- owner WanitaMelayu.Com) kata boleh pergi next kelas.. so aku diminta call MIRSB sendiri dan aku telah set ngan diaorang nak datang pada 4 Mei 2008 yang lepas tapi sebab clash dengan kelas makeup Nurul Shukor membuat aku terpaksa batalkan niat suci tu (ceh kena bayar rm100 tu,ingatkan free maklumla aku amik pakej supermarket) Mula-mula diaorang kata aku tak layak masuk kelas pagi so boleh masuk kelas petang aje rm60,tetiba plak dia kata “eh,takpe kalau awak masuk dua-dua kelas boleh je,murah sket bayar rm100 jimat rm20″ Aduiii..Pening sungguh diri ku ini,kejap cakap A,kejap cakap B.. kebetulan plak,memang sebelum ni kan ada terima komen kat topik ni dari rakan2 lama online biz macam Ammbiz , NoorizamShah dan Obito membuatkan aku pun macam tak sedap ati,ditambah plak ade aje halangan time aku nak ge kelas teknikal tu (macam Allah tak izin/tidak permudahkan urusan ni)-aku amik keputusan untuk tarik diri.
Semua nye sebab kebetulan aje, aku pun ada gak baca kat dua Forum kesayangan aku NoGold dan CariGold ( dua forum paling lama dan 1st aku join) korang leh baca kat link ni:
Monsun-Biz @ CG
Monsun-Biz @ NG
So setelah aku timbang tara dan aku telah message dengan owner WanitaMelayu.Com (pn Ann yang kenalkan,memula aku tatau pun yg aku join bawah dia ni Monsun-Biz) cara untuk aku mintak balik duit deposit rm3k aku, so dia telah ajar dan pos resit original deposit pakej Supermarket aku..semlm aku telah buat surat dan insya Allah akan diposkan pada Isnin ni..mudah-mudahan la tak lama aku dapat duit refund ni,boleh buat benda lain yang lagi bagus dari Monsun-Biz.AMIN
Apr
16
Posted by NazhaSecret
Lama giler tak update blog,huhuhu..ada beberapa orang beauty consultant Mary Kay duk tanya napa la tak letak pic career conference Mary Kay dalam blog…hahaha..bukan masalah lupe atau malas..kekangan waktu online limited dan dipenuhi dengan urusan bisnes serta hal-hal keluarga yang harus diberikan lebih priority..
Career Conference Mary Kay at Sheraton Subang yang berlangsung pada 12 april 2008 dibanjiri dengan ribuan beauty consultant /perunding kecantikan Mary Kay di Malaysia.. masa ni la dapat kenal unit team member,member-member baru yang best giler..
Dalam Mary Kay time ni la peluang keemasan yang harus di grab oleh setiap perunding kecantikan,bercerita tentang pengalaman,kongsi pendapat dan sangat bertuah dapat berjumpa dengan Senior National Sales Director, Grace Kao dan General Manager MaryKay Malaysia, Mike Strong.
Ada la sikit snap pic taruk kat sini,yang lain sudah diemailkan pada unit team Pink Blow yang request aritu..selamat cuci mata..hehe..Jumpa lagi next Career Conference Mary kay insya Allah pada bulan Ogos nanti..
Bergaya dengan Pink Car..bila la leh dpt ni..hehe
Terjumpa plak rakan time ESRS,Farah dan Kak Kay
Team Pink Blow
ekekeke..dapat naik pentas tak sangka sebenarnye
melilau aku cari kamera aku.hehe
Red Jacket University Mary Kay ( my dream ni
)
Apr
09
Posted by NazhaSecret
Korang pernah dengar tak pasal Monsun Biz ni?ada kuar dalam metro iklan nya,pastu ada plak kata yang rancangan realiti Puan Nora bakal diterbitkan tidak lama lagi “Ubah Nasib Bersama Nora” ada kaitan la dengan sistem Monsun Biz ni..
Diaorang akan sediakan System Bossmailer dan System Payment Gateway.Hurm..aku nak citer panjang lebar pun aku belum nampak lagi bagaimana sistem diaorg ni akan mampu menjana pendapatan seperti yang di war warkan tu..
Apa-apa pun aku akan update selepas pergi 1st meeting dengan diaorg pada hari ahad ni 13/4/2008
***aku bukan team under puan nora tu taw..hehe..tapi aku join benda yang sama la..hopefully akan ada peningkatan yang baru dan yang pasti kalau success ,kesemua TOKEY BISNES dalam FORUM BisnesWanita.Com akan merasa tempias nye Insya Allah
Apr
01
Posted by NazhaSecret
Aku ge Alor Star,Kedah ari jumaat malam (28Mac 2008) sampai subuh keesokan hari nya untuk Majlis Perkahwinan Noor Intan Suraya & abg Zam..bertolak balik sini kul 2ptg ari Ahad tapi sampai umah dekat kul 2 pagi ari Isnin..bayangkan bape jam kitaorang (aku & Along) duk dalam bas..naik kematu dah..huhu punya la jammed seteruk-teruknya..ni pun penat masih blum hilang lagi.. hari ni memang sangat busy tapi syukur pada-Nya yang mengurniakan sihat tubuh badan dan rezeki untuk kami. Akan Update Album Kahwin Intan & Abg Zam nanti ye..huhu.TeamGoldenSister merupakan jurusolek dan OP untuk Majlis ini,banyak lagi nak kena belajar ni..
Awat mcm terkejut je pengantin ni
So sweet lepas dah settle akad nikah-time ni kat traffic light taw
Assistant & Mak Andam melepak..hehe..jgn mare na
Mar
15
Posted by NazhaSecret
Assalamualaikum & hi..
Actually, i just want to share my story with my lovely blog’s reader.. almost got same question at my YM about how to make money through online? Sometimes they keep asking me,“hey..can you teach me how to sell product bla bla bla.. I want to have a website too,can you help me please!!”
I told you before I got my own domain name,I’m started with free wordpress blog to create my own business web,selling item and make a promotion to get some traffic. TWO YEARS I’m learning and build a few free blog for my online business.
When I said “searching and learning by your own, u’ll get some wonderful experience.U’ll will be strong enough to face any problem in this challenging world (online)” but they keep asking and want me to share more, I’m still newbie in this industry (online), starting on November 2005 and become Full Time Internet Entrepreneur only on 1st January 2007.
Its not easy to build what I have right now,I’m alone to do all this thing, learning coding html (x pernah belajar langsung) , take a photo - editing for selling product , packaging product and go to KTM / Post Office or sometime Poslaju come to my house, this is all I’ve done to satisfied my client,got the item on time..and so on. Still in progressing learning and keep learning.
Sometime I have big chances , offering to JV with me but I’m not interested JV on money / be my partner. Because I dont want to share. ( bukan sebab kedekut taw
) Its hard to explain here. BUT Im interested to JV with someone who have offering something such as exchange banner and want me to be their sponsor on some contest BUT in addition i still get benefit of being sponsor on that contest kan kan…hehe..
Now I’m more focusing on inner beauty, healthy , skin care,makeup & photographing. FOREX?hehe…bersara dulu la..not enough time to monitor chart and so on. SAHAM? hahaha.. last month i sold some share and got around 2.5k keuntungan bersih.I use that money to buy my new DSLR le..topup sket2..ahaks..
As a conclusion what ever you like or you want, try to achieve by your own effort … its feel really different and you will appreciate it. Opportunity in MAKING MONEY just only in front of you,so please don’t let it go far far away from you. TRY TO MAKE IT AS SOON AS POSSIBLE .. JANGAN LEPASKAN PELUANG DI DEPAN MATA.. Hope to see more brave and strong new brand in this industry especially Malay people.. AMIN
With Lots Of Love,

BisnesWanita aka NazhaSecret aka nazha_n9 
Feb
26
Posted by NazhaSecret
Pada 15/2-16/2 aku telah mengikuti kursus perunding kecantikan Mary Kay di Jaya 33,Petaling Jaya.Jadi secara rasminya aku kini bergelar Independent Beauty Consultant.
Macam mana aku leh terjebak ni?Hehe..tanpa dirancang pun, sebelum ni kulit aku berminyak di bahagian zone T oily n skin tone tidak sekata,tapi 1st time try MaryKay terus jatuh cinta..hehe. smpai jadi beauty consultant as my part time job, selama ni mmg tak amik pot pun pasal skin care ni..alhamdulillah sekarang kulit pun makin elok..hopefully inilah last produk yg aku cuba.. 
Produk MaryKay ni setanding dengan kaunter produk spt SKII,CLINIQUE dll..harga sangat berpatutan dan berbaloi sbb boleh tahan 4-6bulan mengikut penggunaan (utk skin care produk, pencuci akan abis dulu) yang best sangat adalah MONEY BACK GUARANTEE kalau tk rasi ngn kulit kita..so dunt worry ok..
Nak Share Pic During ESRS COURSES @ MKM ..GREAT n HEBAT sangattttttttt!!! hehe,sapa2 yang berminat nak jadi beauty consultant macam sy boleh la kita chit chat nti ok..ENJOICE!!!
Team ESRS Mary Kay
All together with love
GREAAATTTT!! yehaaaa!!
Feb
19
Posted by NazhaSecret
salam ..Nk tempek testi kt cni..hehe..guna ayat skema sket sebab sy tempek dlm blog JDM5 sy 
Quote:
AssalamualaikumSaya Nor Zalilah Abdullah atau lebey dikenali sebagai Nazha di alam cyber..merupakan pengguna Jus Diet Mate 5.Baru sebulan mencuba JDM5,apa yang saya dapat lihat,penurunan berat badan saya tidak mendadak,hanya 5.5kg selama sebulan.mungkin kerana sy amik 1 peket sehari saja seperti yg DR ROZMEY syorkan.Itupun 4hari lupa nak minum JDM5 kerana kesibukan kerja.Apa yg saya perasan,perubahan ketara adalah penurunan bahagian muka saya dulu..huhuhu.. tak tau la kenapa. Masih berusaha utk menurunkan dan mencapai berat badan yang ideal,jadi disini sy menempek pic muka aje dulu sbb pic badan mmg belum nmpak perbezaan yg ketara lagi.Pada anda yang diluar sana,yang kontek saya masih ragu-ragu nak mencuba Jus Diet Mate 5 ini,saya syorkan mencuba trial pek kami- dan saya merupakan Pengedar Sah Herba Prima Marketing untuk Produk Jus Diet Mate 5 |
Berminat??:
YM= nza_80
No HP - 0122671285 - NEGERI SEMBILAN(luar dr ni semuanya free pos)
Web Blog= http://jdm5.blogspot.com/