~ Diari BisnesWanita ~

Coretan & Bingkisan Untuk Semua

Archive for January, 2008

Jan
19

Tips Perniagaan Internet-DR Irfan Khairi

Posted by NazhaSecret

Assalamualaikum & Hai Semua..

Pagi ini bangun dengan penuh semangat sebab semalam tido awal-1pg (maklum la selama ni waktu tido tidak menentu).Aku masuk dalam forum WMC dan terbaca satu tips yang buat aku terkesima dan rasa macam ye tak ye jugak ek,kalau la dapat aplikasikan,mesti seronot. So aku pun cari link sebenar tips itu dan rupa-rupa nya Dr Irfan Khairi yang bagi tips ini:

Untuk mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam perniagaan Internet memerlukan usaha. Seringkali, sekiranya matlamat dilihat terlalu besar, mungkin ia melemahkan semangat kita. Caranya adalah, pecahkan matlamat perniagaan Internet anda kepada unit yang boleh di lihat dengan mudah.

Katakan anda ingin mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam masa 5 tahun.

Ini bermakna, anda memerlukan keuntungan RM555 sehari! Masih nampak agak besar

etapi, apa kata anda gunakan ilmu aliran pendapatan berganda (multiple streams of income) dan anda menjalankan 5 perniagaan Internet serentak…

Ini bermakna, untuk setiap satu perniagaan Internet, anda hanya perlukan keuntungan RM111 sehari. Hmm… kecil sikit!

Pengiraan:

RM111 sehari x 5 laman web = RM555 sehari
RM555 x 365 hari (setahun) = RM202,575
RM202,575 x 5 tahun = RM1,012,875

Sekiranya matlamat anda untuk menjadi jutawan Internet dalam masa 5 tahun, pecahkan matlamat anda menjadi lebih kecil supaya mudah untuk dilihat.

Anda perlu 5 perniagaan Internet dalam masa 5 tahun- setiap satu laman web memerlukan keuntungan hanya RM111 sehari!

Contoh:

Sekiranya anda menjual produk katakan dengan keuntungan RM55. Ini bermakna, anda hanya perlu menjual 2 produk sahaja sehari untuk setiap perniagaan!

Mudah kan? Mungkin ia tidak mudah, tetapi, ia adalah matlamat yang agak reasonable untuk kita tuju Permudahkan matlamat besar anda dengan memecah kecilkannya.

Hurm..amat menarik sekali..kredit to mamaboomboom yang taruk artikel ni kat forum WMC yang membuatkan aku rasa lebey bersemangat hari ini..

Jan
17

Gempal?Gemuk???Tapi nak Kurus

Posted by NazhaSecret

Hehe..Entry kali ni memang pun ada kaitan dengan aku.Dah lama dah nak kuruskan badan..setakat turun sekilo dua je ada la pastu naik berkilo-kilo..cuma masa time aku ikut program diet kt klinik BTS tu ada la turun dekat-dekat 30kg..uhuks..tapi problem lain plak timbul-Keguguran kandungan oppss rambut la..hehe.

Dalam pada usaha mengontrol sendiri pemakanan, aku tertarik plak dengan produk baru.. Jus Diet Mate 5 Baru lagi try tapi sebab teruja dengan dia nya testimoni,aku ambil keputusan untuk jadi pengedar-dapat la aku beli dengan harga dealer kan..Tapi aku tulis ni bukan sebab aku dah jadi pengedar dan nk promote semata (promote 2nd la..hehe) tp sebab aku baru je cuba produk ni tapi dah nampak perubahan yang selera makan aku tidak membuak-buak macam selalu..perut rasa kenyang aje. Semua yang tanya aku pasal produk ni memang menantikan testimonial asli dari aku sendiri.Insya Allah aku akan bagi tp bukan sekarang la..kita tunggu la 2-3bln lagi..Skang ni aku bole tunjuk testimonial yang buat aku teruja sesangat..harap korang yang ada masalah berat badan macam aku pun teruja sama..hua hua hua :-P

Bai Turun 100 kg??Pic sebelum:

bai4.gif bai6.gif

Pic Bai Selepas:

bai5.gif

 

Boleh baca testimonial Bai di Mingguan Wanita

Jan
16

Gedung Kaftan Online

Posted by NazhaSecret

Assalamualaikum & Hai semua..

Hari ini agak busy men”setup” forum baru aku maklum la aku tak pernah buat forum pun..Tapi ni bukan MAIN TOPIC aku nak membebel kat sini..hehe :D Sebenarnya, aku nak share la ngan kengkawan tentang Gedung Kaftan ONLINE - no 1 di Malaysia,baru aje launch masih panas gitu..harga pun Da Bomb,berbaloi tak yah susah-susah nak pi shopping mopping kat Kelate tuh..hehe..

Sesapa yang tatau pasal Kaftan Overlapped ni meh aku citer sikit info yang aku tau le.Kaftan Overlapped ni di canteng menggunakan teknik 2 kali cantengan, garisan luar pada corak lukisannya adalah berwarna sama dengan warna bunga/corak kaftan. Ini menambahkan lagi elegant kepada kaftan tersebut.So nampak lagi cung gitu :D

Web Gedung Kaftan ni kerjasama dari Labanon Flarebiz Team ngan Nur MiniKelantan kalau tak silap aku la..apa-apa pun korang leh baca lanjut kat sini ok.

Aku pun dah lama sebenarnye minat Kaftan Overlapped ni ,tambah-tambah yang lengan panjang tu..waduhh..ayu siut.Sesapa yang nak beli ke,nak hadiahkan utk yg tersayang bole la usha sendiri ye.. :-P

kftn.JPG

 

 

SELAMAT MEMBELI BELAH

Jan
14

Minat Kelas Facial?

Posted by NazhaSecret

Assalamualaikum & Hai Semua..

Alhamdulillah berjaya juga mengadakan bengkel facial pada hari Ahad 13/1/2008,walaupun dalam 8 orang saja yang hadir (yang lain cancel last minute) tapi cukup menggembirakan pihak BisnesWanita..Kelas Facial FREE ini akan diadakan lagi pada 20hb ini.sesapa yang terlepas peluang hari tu bole la join kali ni ya..

bengkel2.JPG


Orang Nogori Jom sama-sama memeriahkan aktiviti ini..

Jan
11

Aktiviti Pertama @ BisnesWanita

Posted by NazhaSecret

assalamualaikum dan hai semua

Rindu pada cerita ceriti sy tak?Hehehe..lately agak bz nak update blog ni..sebok dgn barang-barang baru untuk bazaar yg tk sempat nk di edit pic lagi sebab nak beri tumpuan pada bengkel solekan pertama di bisneswanita. pada yang berminat nak join bengkel facial ni,bole la rujuk pada link di atas ye. Masih ada kekosongan lagi.Insya Allah jika ada kelapangan saya akan menulis lagi disini. Minggu depan mungkin akan ke Cherating pulak..kalau ada rezeki la..

Jumpa lagi di next entry

Regards,

NazhaSecret aka nazha_n9 aka BisnesWanita

Jan
05

Non-Alcohol Perfume Oil & Baby Sling

Posted by NazhaSecret

Assalamualaikum & Hi Semua..

NEW PRODUCT!! @ Bazaar Bisnes Wanita Dot Com akan dimasuk kan tidak lama lagi.. saja nak share kat sini..kira pembaca blog BisnesWanita orang yang bertuah la dapat tau dulu..hehehe. :D

Apa yang special sangat dengan perfume ni?”ramai dah orang jual perfume ni cik kak oiii” ni ayat yang sering akan timbul.Bagi aku,aku suka sangat product ni (aku sendiri dah mencuba pakai) sebab dia non-alcohol dan baunye sama dengan perfume Ori yang kat luar sana dijual dengan harga beratus-ratus ringgit.Mirage Perfume Oil adalah campuran perfume tanpa alkohol. 100% PURE CONCENTRATED PERFUME OIL (NO ALCOHOL OR WATER) tau..hehe..setiap botol comel ni berisipadukan 17ml.Nak tau lanjut nanti jenguk la Bazaar aku

BABY SLING plak member online aku Fia yang buat.Dia jahit sendiri..cantik dan bergaya

mirage-1.jpg

 

Baby Sling ni pulak macam ni bentuk nye :

brownsling2-1.jpg

 

bluesling.jpg

 

Amcam?ok tak produk baru 2008 ni?hehe

Jan
03

Happy Birthday To Along

Posted by NazhaSecret

Yesterday 2nd January 2008 was my lovely Along nye besday yang ke-30..hua hua hua.. ramai perempuan takut bila angka dr 29 beralih ke 30 atau dr 39 beralih ke 40…ekekeke. Pasal ape ek? Ahaks.Apa-apa pun memang kita kena ‘realize’ bahawasanya dengan peningkatan dan penambahan umur ini adalah satu anugerah yang tidak terhingga kerana kita masih dipanjangkan umur ,bernafas dengan teratur di bumi Allah,sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki oleh-Nya ..

So semalam aku banyak spend masa dengan Along aku,dari pagi kita orang try buat roti pizza dengan sosej tu..haha.. 1st time buat ni tau.. nak tergelak pun ada sebab ada yang tak jadi..Aisyah pun sebok kacau mummy and Che’ Su dia

To My Lovely Sister, Along - I LOVE YOU SO MUCH..semoga sentiasa bahagia dengan suami & anak tercinta,beroleh apa yang diimpikan.AMIN

ba.JPG Roti Pizza Pintal b4 masuk oven..hua hua hua

ba2.JPG Roti Sosej Sebelum di goreng

ba3.JPG Taddaaaaa..nyum nyum

ba4.JPG Aduhai donut tak berapa jadi..hahaha

ba5.JPG Roti sosej mini

ba6.JPG Nasi ayam,satay menu banje Along..haha

Sekian,Tajaan Makanan Dari TEAM ALONGAH.. hahaha :-P

alongangah.JPG

Jan
01

My Resolution For Year 2008

Posted by NazhaSecret

bungaapi.JPG

Assalamualaikum & hi everybody..

Yeah!Happy New Year 2008 everyone and for me its means a time to look forward,please don’t looking back to the past.It’s a time to reflect on the changes we need or want,to make and resolve to follow through on those changes.So guys,What is your New Year Resolutions?

My New Year’s Resolution:

1- Get organized
# I want my life more organized than before,hopefully I can manage the time for myself,business,family and friends.

2- Have a real Shop
# Hopefully I can open my real shop,now I only have online store.Pray for me.Amin.

3- Weight Loss
# Haha..I’ve tried many time to diet so hopefully this year can loosing some weight.

4- Get Out of debt
# I don’t pay PTPTN yet..hua hua hua..don’t sue me..hik hik..insya Allah I’ll start pay this year. :D

That’s all and the important thing to remember, though, when making New Year’s resolutions try to do again or you can do until you feel bored (do exactly the same thing again with exactly the same results),who knows, with any luck you can make a lifetime more successful and may even grow to like it.

“SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008″

 

With Full Of Love;

 

BisnesWanita aka NazhaSecret aka nazha_n9

avatar.JPG

    About Me

    WaRm WeLcOme tO aLL.. BisnesWanita Dot Com merupakan projek website pertama yang berjaya dihasilkan setelah 2 tahun menggunakan wordpress percuma sebagai platform dalam semua aktiviti online saya. Jadi dengan ini,saya cukup berbangga dapat menyiapkan website BisnesWanita Dot Com sebagai satu hadiah dan satu keazaman baru bagi tahun 2008. I'm very simple woman, hardworking and independent..wanna to know how to increase ur money? lets share or chit chat about it..All about MONEY!~ Teringin jd mcm Donald Trump..U r fired!!hehehe...See ya :D Have a wonderful day.. ;))