~ Diari BisnesWanita ~

Coretan & Bingkisan Untuk Semua

May
14

Gambar Sekitar JomSeminar

Posted by NazhaSecret

Alhamdulillah siap gak aku resize gambar-gambar sekitar JomSeminar sessi ke-2 pada 11 Mei 2008.Macam biasa la,aku pegi mana-mana pun gambo aku bukan ader pun..hehe..tapi takper sebab aku memang suka amik gambo kan.. So enjoy the pic,moga dapat jumpa lagi di lain seminar,Insya Allah.. TAHNIAH BUAT SEMUA SPEAKER JOMSEMINAR - yang sudi mencurahkan ilmu,tips-tips kejayaan anda pada kami.Terima Kasih tidak terhingga - Alang, Gobala Krishnan , Fuad Latip, Yusry (ni mmg misteri sket dan melalui analisis dan search kemungkinan dan mungkin sah beliau juga TuahEmas yang dicari..hehe) dan Syed Ikhwan
ballroom.jpg Awal gak aku sampai 8.20 pagi macam tu

gadisjomseminar.JPG Ceria aje,salah sorang tu “buah hati” Raja Adsense kita..hehe

folder.JPG Ewah,sempat gak disnap nye folder JomSeminar ni

suasana.JPG Masing-masing kusyuk duk dengar rahsia-rahsia buat duit online

tekun.JPG Tu dia,asyik masyuk Insya Allah lepas ni boleh praktik

akhir.JPG Dah selesai Seminar JomSeminar.Com

amiksijil.JPG Masing-masing dah tak sabar nak amik sijil

syedikhwan.JPG Tadaaa..ni la dia “buah hati” Raja Adsense,pasangan bahagia gitu.Muda lagi ni taw.Aku rasa diaorang kawen muda ni..hehe

flarebiz.JPG Tetiba aku nampak muka Team FlareBiz masing-masing macam “rakus” je  pegang duit gitu..hehe.. Tahniah!! Duit Affiliate JomSeminar tu

jejakanjs.JPG Jejaka Tampan di JomSeminar Sessi 2..hehe  :D

Ni Link Gambar-Gambar Sekitar Seminar JomSeminar Sessi 2:

1- Team FlareBiz

2- SyedIkhwan

3-DinBeramboi (belum ada pic)

Ni plak Gambar-Gambar Sekitar Seminar JomSeminar Sessi 1:

1- Sham RajaAds

2- Kak G @ InternetMelayu & Part II

3- Noorizam & Part II

4- Shuth

5- Adi Surya

6- Kasyidi

7- Abooain @ Syawarma

8- Arejae ( takde gambo lagi)

9- WanMus

10- Azam RinggitHit (aku confius tengok pic sebab dua-dua sessi ada dalam blog ni-layan aje la mungkin bro ni ge dua dua sessi kot..huhu)

11- Nasrun (blum ade gambo lagi)

**mungkin ada lagi tapi aku tak jumpa..so ni aje la link yang berjaya di kesan..hehe dalam email dan dalam link-link terjumpa

Jumpa Lagi,

mysign3.JPG

May
14

Seminar JomSeminar.Com

Posted by NazhaSecret

Alhamdulillah selesai jugak misi aku nak pergi Seminar JomSeminar.Com ni.. So apa benda yang best sangat kat JomSeminar ni?ekekeke.. nak kena review ke? Aduhaii..okla ,aku paling suka guna bahasa yang simple dan sempoi untuk menggambarkan - BERBALOI & BERMAKNA.

Aku ni bukan senang nak keluar duit pergi seminar ke gathering ke,atau beli ebook..tapi bila aku keluarkan duit untuk benda-benda ni semua,mesti ada yang menarik dan tertarik..hehe.Nak tau mende? Hurm..nak share ke tak nak kat sini ek..huhuhu :D

Memang barisan speaker ni bukan calang-calang dalam dunia online ni,masing-masing ada kepakaran dalam bidang yang berlainan tapi mempunyai matlamat yang sama iaitu JANA INCOME MELALUI ONLINE / BUAT DUIT ONLINE

Sepatutnya aku join sessi 1 JomSeminar pada 10 Mei 2008 tapi macam aku citer kat sini la,nak tak nak kena la join sessi 2 JomSeminar pada 11 Mei 2008 bertempat di Hotel Armada,Petaling Jaya,Selangor.Nasib Baik pihak JomSeminar ada bukak sessi ke-2 kalau tak melepas aku tak dapat pergi,gigit jari la jawab nye..huhuhu


Ni Rumusan Simple-Komen Personal dari aku:

    #Fuad Latip - PAKAR SEO

(laju siut dia cakap mcm keretapi tapi nasib baik aku leh pickup,hehe) - aku minat giler teknik ni.ahaks

    #Gobala Krishnan - PAKAR SUPER AFFILIATE & PPC

(campur BI & BM,kagum bila dia citer pendapatan lumayan yang dia perolehi secara online hanya dengan teknik-teknik yang dia dedahkan)- WOW!!

    #Alang ( Samsul Zamsuri) - PAKAR JANA PENDAPATAN DGN BLOG

(macam tak caya je hanya dengan BLOG dia mampu dapat cecah pendapatan lumayan) - aku pun suka buat blog dari tahun 2006 tapi takde la dapat income pun..miahaha..ada yang tak kena la blog aku tu kan.. :D

    #Syed Ikhwan - PAKAR GOOGLE ADSENSE

(aku gelar RAJA ADSENSE,dari CG lagi aku duk bersengkang mata kalau time aku free baca kat thread beliau,so time dia citer kat JomSeminar tu nampak la gambaran,teknik-teknik yang dia guna untuk jana income lebat) - bila la gliran aku plak..hehe

    #Yusry - PAKAR CPA

( affiliate pun dia terer gak ni,ada teknik white Hat dan Black Hat)- yang ni pun aku suka gak,sebab macam best,tak de guna modal besar pun..hehe

Aku rasa cukup bertuah sangat dapat pergi JomSeminar,dapat gak jumpa ngan peniaga di WMC - Zara_Vantage (ingat nak amik gambo ngan dia tapi tengok-tengok dia dah balik cepat..huhu),kali kedua jumpa ngan Team FlareBiz- Zhafran & Labanon, juga kali kedua jumpa member Labanon- Ecaros.Selain dari tu Din Beramboi juga berada dalam sessi yang sama ngan aku (tapi aku tak berkesempatan nak kenal yang mana),sebaris meja selang seorang ngan aku- Aminbeb (tahniah dapat cabutan top komentar terbaik),Kartunis Ubi pun ada- kartun paling aku minat zaman sekolah dulu kat majalah UJANG(Budak Hostel - Aku,Dia & Volkswagen).Kesimpulan sessi ke-2 seminar JomSeminar ni dihadiri oleh rata-rata yang masih tidak mempunyai website atau blog.Hopefully dia orang betul-betul beroleh “Sesuatu” sebab time break,aku duk borak-borak ngan dua-tiga orang yang duk semeja makan,dia orang macam “lost” sebenar nya,tapi apa kan daya aku pun hanya newbie cuma lebey sket je dari dia orang.Apa-apa pun masih ada masa lagi untuk terus bergerak kehadapan.

**Pic sekitar Seminar JomSeminar.Com jap lagi la aku upload..Bersambung daa…

May
13

MajalahIM edisi ke-4

Posted by NazhaSecret

Assalamualaikum

Semalam lagi aku dah upload MajalahIM edisi ke-4 ni cuma baru hari ini berkesempatan nak review menda ape ada dalam MajalahIM edisi kali ni.. dulu Team FlareBiz bagitau nak interview VinceTan tapi nampak gaya ada perubahan sket dan diaorang gantikan dengan seseorang yang tak kurang hebat nye - Saudara Amirol

Macam biasa ar korang leh download MajalahIm ni secara percuma aje.. nak review banyak kang rasa tak suspen la plak..hehe apa-apa pun kelainan kali ni,personally aku dapat tambah ilmu baru tentang online bisnes,penulis artikel kali ni bukan calang-calang beb, Amar Mahmood- penulis buku Rahsia Minda Jutawan dan Noorizam Shah- penulis ebook Kuasa Lelong

smallcover.jpg

 

Balik dari JomSeminar melepet kejap,Isnin memang hari yang paling busy menguruskan order-order dan pengeposan barang-barang customer.Selasa boleh la nak bernafas jap..hehe..lepas ni nak kena berkejar balik Klang balik..aduhaiii.. apo nak dikato,dah den kuli,den jugak boss,so kono la buek apo yang patut kan.Selamat Mendownload MajalahIM

 

Salam Mesra,

mysign3.JPG

May
11

NazhaSecret @ JomSeminar 110508

Posted by NazhaSecret

seminar2.gifAssalamualaikum..

Ramai tertanya apa update terkini NazhaSecret aka Nazha_n9 ni?Blog sunyi sepi aje..ekekeke.. Jangan la marah, jadual hujung minggu yang sentiasa padat dengan bermacam aktiviti dan hal family(nak dating pun tak sempat :P  eh,dgn sapa nak dating?)

Masa aku tengok iklan JomSeminar ni kat CG,aku tkde la amik pot sangat kan, tapi ntah la macam mana tetiba aku YM ngan SyedIkhwan (raja GoogleAdsense) tanya pasal harga dan camne nak join JomSeminar ni…

Sepatutnya semalam 10 Mei 2008 aku kena hadir JomSeminar ni,tapi sebab ada masalah transport dan family membuatkan aku terpaksa bagi message kat SyedIkhwan mintak datang JomSeminar pada hari ni (skang dah kul 3pagi,JomSeminar start kul 9pag-aku baru bangun tido berkobar2 nak pegi ni..ekekeke)

So tak dapat la nak gambar kan macam mana la rupa orang-orang yang hadir JomSeminar ni,aku ni dah la newbie,adesss..mintak2 la aku beroleh “sesuatu” hari ni..AMIN

regards,

mysign3.JPG

May
10

Monsun-Biz Scam?

Posted by NazhaSecret

Assalamualaikum semua..

Korang yang pernah baca review aku pada entry yang lepas Monsun-Biz mesti tertanya nape takde update dari aku kan..actually time 13 april 2008 tu aku ada hal family di Klang membuatkan aku terpaksa cancel pergi Kelas Teknikal Monsun-Biz tu.. tapi takpe sebab orang yang kenalkan pada aku (Pn Ann- owner WanitaMelayu.Com) kata boleh pergi next kelas.. so aku diminta call MIRSB sendiri dan aku telah set ngan diaorang nak datang pada 4 Mei 2008 yang lepas tapi sebab clash dengan kelas makeup Nurul Shukor membuat aku terpaksa batalkan niat suci tu (ceh kena bayar rm100 tu,ingatkan free maklumla aku amik pakej supermarket) Mula-mula diaorang kata aku tak layak masuk kelas pagi so boleh masuk kelas petang aje rm60,tetiba plak dia kata “eh,takpe kalau awak masuk dua-dua kelas boleh je,murah sket bayar rm100 jimat rm20″  Aduiii..Pening sungguh diri ku ini,kejap cakap A,kejap cakap B.. kebetulan plak,memang sebelum ni kan ada terima komen kat topik ni dari rakan2 lama online biz macam AmmbizNoorizamShah dan Obito membuatkan aku pun macam tak sedap ati,ditambah plak ade aje halangan time aku nak ge kelas teknikal tu (macam Allah tak izin/tidak permudahkan urusan ni)-aku amik keputusan untuk tarik diri.

Semua nye sebab kebetulan aje, aku pun ada gak baca kat dua Forum kesayangan aku NoGold dan CariGold ( dua forum paling lama dan 1st aku join)  korang leh baca kat link ni:

Monsun-Biz @ CG

Monsun-Biz @ NG

So setelah aku timbang tara dan aku telah message dengan owner WanitaMelayu.Com (pn Ann yang kenalkan,memula aku tatau pun yg aku join bawah dia ni Monsun-Biz) cara untuk aku mintak balik duit deposit rm3k aku, so dia telah ajar dan pos resit original deposit pakej Supermarket aku..semlm aku telah buat surat dan insya Allah akan diposkan pada Isnin ni..mudah-mudahan la tak lama aku dapat duit refund ni,boleh buat benda lain yang lagi bagus dari Monsun-Biz.AMIN

May
06

Terjumpa/Jumpa Rakan Lama

Posted by NazhaSecret

Orang kata kalau dah jodoh tak kemana kan…hehe..sesuai ke perumpamaan ni? apa yang aku nak story kat sini, kadang-kadang kita ge kenduri atau memana la kan,“eh macam kenal aje,lor budak sekolah dulu”..”alahaii..ex-opismate time keja dulu la”..”eh,tu roomate masa kat matrik”.. tu la kalau dah jodoh kan,mesti jumpa punya walaupun kadang-kadang dah lost kontek 3-4 tahun..

Anyway Selamat Pengantin Baru diucapkan pada Shaz&pasangan ( ex-opismate time aku keja kat Perangkaan dulu) dapatla jumpa Ina dan Azreen (maaf Reen,Angah & Along tak dapat ge kenduri Reen yang lepas sebab clash dengan kelas makeup Nurul Shukor)

ina.JPG Ina amik berkat Shaz ke?ehehe

kndr.JPG Sempat aje aku snap..ahaks!

Sesapa yang batch belajar U dengan aku pasti kenal Farah Murni Merican,tak sangka betul aku terjumpa time teman Along ge kelas makeup Nurul Shukor pada 3 & 4 Mei yang lepas,aku pegi as a Photog Junior yang nak belajar shoot model plak..kih kih kih..ada hati nak shoot model..eh tapi mana tau kan.. Minat gak si Farah ni belajar makeup..hehe.. tapi memang tak sangka setelah bertahun (ada dekat 4 tahun tak jumpa) akhirnya berjumpa kat sini,dah jodoh kan

along.JPG Along - tak dapat jumpa real pic pun jadi la,ke yang dalam perut tu ngidam nak amik pic ngan Datuk Siti Nurhaliza..hehe

frh.JPG Dengan Farah Murni Merican

kls.JPG Gila sporting budak kelas ni..nantikan update pic diaorang kat Galeri Photo

dila.JPG Thanks to PA Nurul Shukor- Dila & her husband Fazli (duk snap pic ni)

Apr
16

Career Conference Mary Kay

Posted by NazhaSecret

Lama giler tak update blog,huhuhu..ada beberapa orang beauty consultant Mary Kay duk tanya napa la tak letak pic career conference Mary Kay dalam blog…hahaha..bukan masalah lupe atau malas..kekangan waktu online limited dan dipenuhi dengan urusan bisnes serta hal-hal keluarga yang harus diberikan lebih priority..

Career Conference Mary Kay at Sheraton Subang yang berlangsung pada 12 april 2008 dibanjiri dengan ribuan beauty consultant /perunding kecantikan Mary Kay di Malaysia.. masa ni la dapat kenal unit team member,member-member baru yang best giler..

Dalam Mary Kay time ni la peluang keemasan yang harus di grab oleh setiap perunding kecantikan,bercerita tentang pengalaman,kongsi pendapat dan sangat bertuah dapat berjumpa dengan Senior National Sales Director, Grace Kao dan General Manager MaryKay Malaysia, Mike Strong.

Ada la sikit snap pic taruk kat sini,yang lain sudah diemailkan pada unit team Pink Blow yang request aritu..selamat cuci mata..hehe..Jumpa lagi next Career Conference Mary kay insya Allah pada bulan Ogos nanti..

mkcf.JPG Bergaya dengan Pink Car..bila la leh dpt ni..hehe

mkcf2.JPG Terjumpa plak rakan time ESRS,Farah dan Kak Kay

mkcf3.JPG Team Pink Blow

mkcf4.JPG ekekeke..dapat naik pentas tak sangka sebenarnye

mkcf5.JPG melilau aku cari kamera aku.hehe

mkcf6.JPG Red Jacket University Mary Kay ( my dream ni :D )

Apr
14

Iris Optometry - Beli Cermin Mata Online?

Posted by NazhaSecret

Tidak ada benda yang mustahil kan? Dalam dunia alam maya yang serba canggih ni,nak order beli cermin mata pun mungkin boleh juga kot suatu hari nanti, Iris Optometry merupakan salah satu kedai yang aku kenal owner nye menerusi online dan beliau juga menyediakan perkhidmatan menerusi online berkaitan ngan mata-mata ni kot (jom pakat beli contact lens dengan dia) hehe..ada diskaun tak? tetiba plak teringin nak pakai contact lens yang pelik-pelik macam ni:

klns.JPG

klns2.JPG

ada lagi yang pelik-pelik macam bercorak belang-belang la..hihi..tp aku sesuai ke guna contact lens ni..kang nampak macam alien la pulok..

ape2 pun to Bro ShahArin nice knowing you- jangan lupe claim dengan saya belanja Mc D sebab tolong jadi guarantor untuk bukak akaun bank syarikat aritu..hehehe

Apr
13

MajalahIM edisi ke-3

Posted by NazhaSecret

Akhirnya berjaya jugak aku mendownload MajalahIM walaupun agak kebizian giler yang tahap melampau menguruskan projek biz seorang diri,aku lah kuli,aku lah boss..hehe

im3-small.jpg

Pada edisi MajalahIM kali ini, kelainan yang aku nampak sebagai pembaca dari edisi pertama dan kedua,sudah banyak artikel yang menarik dan da bomb untuk kita sama-sama tidak lepaskan peluang untuk menambah info dan ilmu tentang e-biz online. Nak tau apa?pakat-pakat la korang download MajalahIM yang sememangnya PERCUMA dari dulu lagi. Isu utama kali ini ialah mengenai perniagaan Ebook, masihkah relevan? dan yang paling ketara kelainan edisi kali ini adalah interview yang diaorang buat berkonsepkan audio bukan lain bentuk tulisan seperti edisi-edisi yang lepas yang bagi aku memang sangat menarik sebab kadang-kadang bila baca je kita akan cepat boring gak..miahaha!! So jom dengar interview bersama Gobala Krishan, iaitu usahawan Internet Malaysia yang berjaya di dalam model produk digital.

Korang rasa nak komen ke nak kutuk ke..huhuhu :P leh la pi terus ke link blog TeamFlareBiz

**aku tak sabar nak kutip ilmu dan info dari diaorg ni,cepat la siap edisi ke-4 plak..ahaks

**kalau diaorang jual e-zine MajalahIM ni memang kaya la..hahaha..

Apr
09

Monsun-Biz

Posted by NazhaSecret

Korang pernah dengar tak pasal Monsun Biz ni?ada kuar dalam metro iklan nya,pastu ada plak kata yang rancangan realiti Puan Nora bakal diterbitkan tidak lama lagi “Ubah Nasib Bersama Nora” ada kaitan la dengan sistem Monsun Biz ni..

Diaorang akan sediakan System Bossmailer dan System Payment Gateway.Hurm..aku nak citer panjang lebar pun aku belum nampak lagi bagaimana sistem diaorg ni akan mampu menjana pendapatan seperti yang di war warkan tu..

Apa-apa pun aku akan update selepas pergi 1st meeting dengan diaorg pada hari ahad ni 13/4/2008

***aku bukan team under puan nora tu taw..hehe..tapi aku join benda yang sama la..hopefully akan ada peningkatan yang baru dan yang pasti kalau success ,kesemua TOKEY BISNES dalam FORUM BisnesWanita.Com akan merasa tempias nye Insya Allah

    About Me

    WaRm WeLcOme tO aLL.. BisnesWanita Dot Com merupakan projek website pertama yang berjaya dihasilkan setelah 2 tahun menggunakan wordpress percuma sebagai platform dalam semua aktiviti online saya. Jadi dengan ini,saya cukup berbangga dapat menyiapkan website BisnesWanita Dot Com sebagai satu hadiah dan satu keazaman baru bagi tahun 2008. I'm very simple woman, hardworking and independent..wanna to know how to increase ur money? lets share or chit chat about it..All about MONEY!~ Teringin jd mcm Donald Trump..U r fired!!hehehe...See ya :D Have a wonderful day.. ;))